Ahad, 25 Disember 2016

Pasar Kampung.

Setiap pagi sabtu, akan diadakan jualan hasil-hasil kampung dan makanan di pekan terdekat. Tempat jualan ini dipanggil Paskam singkatan daripada sebutan  'Pasar Kampung'. Waktu jualan di Paskam adalah diantara pukul 7.30 pagi hingga pukul 10.30 pagi. Sekali sekala WP juga menjual hasil-hasil tanaman yang diusahakan untuk menambahkan pendapatan sampingan. Inilah  jualan hasil-hasil tani WP pada pagi  sabtu semalam.


Sebahagian daripada jualan


telur itik


Pisang 40 hari


pisang nipah


belimbing buluh dan sayur remayung


kelapa biji


pisang nangka


aneka sayuran kampung
(seikat RM1.00)


pisang kapas


pegaga. pucuk manis dll


ulam pucuk tenggek burung


daun  kesum


pucuk ubi pulut


kerepek pisang tanduk


pisang tanduk


pisang emas


isi nangka muda.
(sebungkus RM1.00)


pucuk keledek sayur



buah limau kasturi



kerepek ubi


kerepek ubi sira


pucuk paku


pucuk betik.


serai. bunga kantan, terung telunjuk dan cekur.


Bayam hijau dan labu manis.

Salam bertani.

Catat Ulasan