Jumaat, 23 Disember 2016

Buah Pisang 2

Salam bertani.

WP sambung cerita tentang buah pisang terutama pisang-pisang yang biasa ditanam dan mudah didapati. Kita digalakkan memakan buah pisang kerana ianya mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan kita. Buah pisang paling selamat dimakan kerana tidak dicemari oleh racun serangga dan diselaputi oleh kulit pisang.

1. Buah Pisang Nipah

     Juga dikenali sebagai pisang kapok.
    Buah pisang yang paling sesuai dan enak dijadikan pisang goreng.
    Pisang nipah goreng enak dimakan panas-panas cicah sambal kicap
    Ada dua jenis iaitu isi pisang nipah yang berwarna putih atau kuning.
    Isi yang berwarna kuning lebih enak dan lebih manis.
    Selain digoreng, buah pisang nipah sesuai dijadikan kerepek pisang.
    Jantung pisang nipah paling sesuai dijadikan sayuran atau ulaman kerana tidak pahit atau kelat.



Setandan buah pisang nipah muda di pokok.


Buah pisang nipah yang baru dituai
Tandan yang subur boleh mencecah lebih 30 kg.



Sesisir buah pisang nipah yang sesuai dijadikan pisang goreng.


Pisang nipah goreng.


Buah pisang nipah matang yang dipasarkan.
Harganya lingkungan RM3.50 sekg.


2. Buah pisang Rastali.

  Ada yang memanggilnya pisng medo.
  Terdapat dua jenis pisang rastali yang biasa ditanam iaitu pisang rastali kampung dan pisang rastali
   ladang yang ditanam secara komersial.
   Rasanya kelat-kelat masam dan perlu masak ranum untuk dimakan.
   Dimakan sebagai pencuci mulut.



Sepohon pisang rastali berbuah muda.


Sesisir buah pisang rastali matang.


Buah pisang rastali ladang.
Kulitnya berwarna kuning bersih.
Buahnya  dibungkus semasa membesar di pokok.


Buah pisang rastali kampung.
Kulitnya berbintik-bintik keperangan.
Lebih sedap daripada buah pisang rastali ladang.
Harga pasaran dalam lingkungan RM4.00 sekg.

3. Buah pisang nangka.

     Sesuai digoreng dan dijadikan kerepek pisang.
     Rasanya kemasaman seperti pisang tanduk.


Buah pisang nangka yang sesuai dituai.



Buah pisang nangka matang berwarna kehijauan.
Harga pasaran sekitar RM 3.50 sekg.

4. Buah pisang berangan

    Ditanam untuk komersial dan bekalannya banyak.
    Dijadikan makanan pencuci mulut dan boleh juga digoreng.
    Roti canai pisang biasanya menggunakan buah pisang berangan.
      


Setandan pisang berangan di pokok yang sesuai dituai.



Buah pisang berangan sedia untuk diperam


                                        Buah pisang berangan matang enak dimakan begitu sahaja
                                        Harga pasaran sekitar RM 4.00 bergantung kepada kualiti buah.      

5. Buah pisang susu

   Jenis pisang yang jarang ditanam.
   Rasanya enak, manis dan beraroma.
   Sesuai dijadikan pencuci mulut atau dijadikan kek pisang



Setandan buah pisang susu yang sesuai dituai.


Buah pisang susu matang.
Rasanya seperti pisang lemak manis


Isinya berwarna kuning.
Jarang dipasarkan kerana kurang ditanam.

6. Buah pisang jari buaya.

     Pokoknya jarang ditemui atau ditanam.
     Dipanggil jari buaya kerana buahnya yang runcing di hujung seperti jari buaya.
     Sesuai dijadikan sayuran dan biasa dipanggil pisang sayur sahaja.
     Buah matangnya agak tawar dan kurang enak.
     Sesuai dijadikan cekodok, lempeng atau kek pisang.


Setandah buah pisang jari buaya di pokok


Buah pisang jari buaya yang baru dituai.


Buah pisang jari buaya matang yang dipasarkan (yang runcing dan 
 berwarna agak kuning di belakang).
 Di hadapan ialah buah pisang nangka.
Harga pasaran RM 3.00 sekg.


Cekodok pisang jari buaya.

7. Buah pisang masak hijau.

    Juga dikenali sebagai pisang ambon.
    Apabila matang, kulit buahnya masih berwarna hijau.
    Seakan-akan buah pisang nangka tetapi tidak boleh digoreng.
    Dimakan sebagai pencuci mulut atau pun dijadikan bahan kuih muih.


Setandan buah pisang masah hijau.
Pokoknya besar dan mempunyai tandan yang panjang.
Harga pasaran sekitar RM4.00 sekg

8. Buah pisang raja.

    Sesuai dijadikan pisang goreng dan kerepek pisang.
    Boleh dimakan sebagai pencuci mulut.



Setandan buah pisang raja.

Buah pisang raja yang matang sesuai digoreng.
Harga pisang raja matang sekitar RM4.50 sekg.


9. Buah pisang serendah.

    Pokoknya ditanam sebagai tanaman hiasan.
    Dipanggil serendah kerana pokoknya yang rendah dan berbuah hampir mencecah tanah.
    Buahnya seakan-akan pisang masak hijau atau pisang cavendish.
    Buahnya kurang manis dan boleh dijadikan cekodok atau kek pisang.

Setandan buah pisang serendah.

Mengamalkan pemakanan buah pisang banyak manfaatnya. Selain sebagai agen pelawas dalam usus kita, buah pisang dikatakan berguna untuk kesihatan mata, buah ginjal, hati dan membantu pembentukan tulang. Ia juga dikatakan sesuai dimakan oleh para ibu yang menyusui bayi,  dapat menstasbilkan tekanan darah, mengurangkan risiko terkena strok , mengurangkan stress dan banyak lagi.

Salam bertani.

Catat Ulasan