Jumaat, 2 Disember 2016

Memproses Ayam Kampung

Salam bertani.

Hari ini merupakan hari Jumaat pertama bulan Disember. Biasanya pada pagi Jumaat WP tidak bekerja di kebun sebaliknya menguruskan kawasan di sekeliling rumah dan ternakan sahaja. Jadi WP nak share apa yang WP lakukan pada pagi tadi iaitu memproses ayam kampung secara manual dari mula ditangkap sehinggalah selesai

WP harap info ini dapat memberi penerangan terutama kepada anak-anak generasi Y sekarang, bagaimana caranya orang-orang dahulu memproses ayam kampung secara manual. Almaklumlah generasi sekarang hanya biasa melihat ayam yang sudah siap diproses yang dijual di pasar atau pun yang sudah siap digoreng  di KFC. Orang-orang kampung dan otai seperti WP yang menternak ayam kampung untuk kegunaan sendiri masih lagi memproses ayam  secara manual.



WP menyembelih 3 ekor ayam kampung.


Selepas disembelih, ayam kampung dibersihkan daripada sisa darah,
kototan atau najis ayam.


Ayam-ayam dicelur dengan air panas untuk memudahkan
mencabut bulunya.


Proses mencabut bulu ayam. 
Bulu pelepah dan bulu ekor dicabut terlebih dahulu. 
Seterusnya semua bulu ayam dicabut sehingga bersih menggunakan tangan.


Ayam kampung yang telah dicabut bulunya.


Ayam diganggang menggunakan api dapur untuk membersihkan 
bulu-bulu halus yang tertinggal.


Proses membuang dan membersihkan bulu ayam selesai.


Siap untuk dipotong.


Ayam-ayam dipotong kepada dua bahagian terlebih dahulu.


Bahagian belakang


Bahagian hadapan



Organ dalaman ayam yang telah dikeluarkan.


Organ dalaman seekor ayam termasuklah hati dan hempedu, jantung, hempedal dan usus


Organ dalaman ayam jantan dewasa termasuklah dua buah testis
(berwarna putih)


Paru-paru ayam


Tembolok ayam
(tempat menyimpan makanan sebelum dicerna)


Daging ayam kampung yang telah siap dipotong-potong.


Daging ayam kampung dibasuh dan ditoskan.
Siap sedia untuk dimasak dan sebahagiannya disimpan di peti dingin beku.

Ayam kampung yang diternak secara kurung lepas atau bebas memerlukan masa sehingga lima bulan barulah sesuai untuk dituai. Manakala ayam bandar (ayam daging) yang diternak secara komersil hanya memerlukan masa 28 hari penternakan sudah boleh dituai. Itulah sebabnya daging ayam kampung lebih enak, lebih pejal dan harganya lebih mahal.

Daging ayam kampung sesuai dimasak rendang, dibuat sup, gulai asam, masak lemak cili padi, masak kicap, kukus dan digoreng berempah. WP paling suka ayam kampung masak ungkep dan dimakan panan-panas dengan nasi putih.

Lazatnya daging ayam kampung.
Salam bertani.



Catat Ulasan