Isnin, 12 Disember 2016

DIY : Rumah Semi D

Salam bertani

Dalam seminggu ni WP agak sibuk dengan satu projek baru iaitu membina rumah semi D seperti yang direquest oleh puan Is3. Selepas berhempas pulas seorang diri, maka siaplah sebuah rumah seperti yang dikehendaki. Walau pun rumah semi D sepatutnya dua pintu (berkembar), WP dapat menyiapkan satu pintu dahulu kerana kekangan masa. Satu pintu lagi akan disiapkan juga kerana bahan-bahan pembinaannya sudah dibekalkan.


Bahan asas pembinaan telah disediakan.


Membina dan memasang kerangka asas


Memasang kerangka tambahan


Memasang lantai



Memasang dinding dan bumbung.


Pemasangan dinding dan bumbung hampir selesai.


Pandangan dekat


Rumah semi D di lokasi sebenar.
Satu pintu siap sepenuhnya
Satu pintu lagi in progress.


Satu pintu selesai pembinaan dan boleh diduduki.
Dua tingkat dengan  siapan tangga di dalamnya.
Dipasang juga lapikan lantai berwarna hijau.
Pintu berbentuk lengkung dan boleh dikunci.


Penghuni bertuah cop tingkat atas


Ok juga rumah baru ni.
Siap makanan, air minuman dan 
tempat melepas (tidak kelihatan).


Baru rasa selesa nak berehat


Rumah semi D telah diserahkan kepada penghuninya.


Yang ini Si Olie. Tidak menghuni rumah semi D.
Dapat layanan istimewa kerana  tinggal di rumah besar
bersama-sama tuannya.

Begitulah rentetan projek pembinaan rumah semi D yang WP siapkan khas untuk kucing-kucing kesayangan puan is3. Kucing-kucing  hanya akan mendiami rumah tersebut pada waktu malam, manakala pada waktu siang mereka lepas bebas di dalam rumah WP dan kawasan sekitarnya.

Salam bertani.

Catat Ulasan