Ayam-ayam kampung yang wak ternak di belakang rumah banyak berkurangan kerana dikorbankan semasa raya PKP yang lepas. Yang tinggal hanyalah induk-induk betina dan pejantan untuk penghasilan telur ayam dan untuk pembiakbakaan. Anak-anak ayam kampung yang menetas semasa raya PKP yang lepas sudah berumur sebulan dan sudah berpindah ke reban tanah. Ada juga anak-anak ayam kampung yang baru menetas dan ada sebahagian ibu ayam yang masih mengeram.
10 ekor anak ayam kampung daripada satu induk.
Berumur sebulan setengah.
Menghuni reban berlantai tinggi.
7 ekor daripada induk yang lain.
Berumur satu setengah bulan juga.
Menghuni reban lantai pasir.
Anak-anak ayam kampung ini baru dipindahkan
ke reban daripada sangkar didik.
Baru berumur sebulan.
30 ekor daripada 3 induk yang menetas serentak.
Masih kekok memijak tanah.
Baru seminggu menetas.
Dipisahkan daripada ibunya selepas menetas.
Tinggal di sangkar didik dihangatkan oleh
mentol 40W.
Berumur dua minggu.
Masih tinggal di sangkar didik
tetapi tidak perlu mentol lagi.
Yang ini berumur dua bulan.
Sudah dilepaskan bebas pada waktu petang.
Dua induk ayam kampung sedang mengeram
Dijangka menetas dua minggu lagi.
Salam bertani.




































