Isnin, 19 Oktober 2020

DIY : Pasang Cangkul

 Salam bertani

Cangkul ialah senjata utama yang wak gunakan untuk bekerja di kebun. Cangkul digunakan untuk membuang rumpai, menggemburkan tanah, membuat batas, menggali lubang penanaman, menggali parit, membersihkan parit, membuang anak kayu dan sebagainya. Mempunyai cangkul yang berkualiti, tajam dan selesa digunakan akan dapat memudahkan keja-kerja bertani. Wak nak tunjukkan cara wak memasang cangkul baru untuk kegunaan kerja-kerja seharian wak di kebun.


Wak beli mata cangkul, batang cangkul dan baji besi.


Mata cangkul yang paling berkualiti dan tahan lama ialah
cangkul  Chillington cap buaya keluaran England.
Mata cangkul ini telah dicanai untuk menajamkannya.


Dua keping  baji besi untuk mengetatkan ulu cangkul.


Mula-mula pasang ulu cangkul begini.


Hentakkan ulu cangkul sehingga padat dan tidak bergerak.


l
Lebihan ulu cangkul hendaklah dipotong dan dibuang.


Pasangkan baji untuk mengetatkan ulu cangkul.


Dua keping baji besi yang telah dipasang pada ulu cangkul.


Cangkul cap buaya siap untuk digunakan.

Salam bertani.

32 ulasan:

  1. ooo kena letak baji ya..baik baik terima kasih wak :D

    BalasPadam
  2. Owh macam tu caranya nak ketatkan batang cangkul ye

    BalasPadam
  3. ooh kayak ngono yo wak nganggo baji ., trimass ;p

    BalasPadam
  4. ooohhh...begitu ye pasang cangkul...hahaha

    BalasPadam
  5. Wah thank you step by step nya Wak.
    Tukang Kebun biasa dah siapkan sedia je pakai hehehe... Tinggal nak capai je, kalau longgar tinggal kan pesanan je minta kasi betul hehehe... Dapat lah belajar hari ni.
    Tak sangka pula Cangkul pun ada brand siap cap buaya dari England. Yang brand Crocodile tahu siap ada t-shirt collar kan.

    BalasPadam
  6. thank you tutorial wak, ni penting utk kita semua tau ni

    BalasPadam
  7. risau melayang mata cangkul tu klu xde baji

    BalasPadam
  8. Selalunya beli dah siap ajer..haha! baru tau ada tutorial nak pasang cangkul. Cangkul pun cangkul lah!

    BalasPadam
  9. baru tahu brand yang paling tajam ni. nk minta en,somi belikan baru la cangkul ni :-)

    BalasPadam
  10. baji tu kena tekan masukkan dalam batang cangkul tu ke? Sy ada cangkul besi jer kat rumah, baru tahu ilmu cangkul ni wak

    BalasPadam
  11. Aduhhh wak terkenang jaman cilik arwah abah buat ulu cangkul sendiri coz Tak mampu beli.kami tukang larik ngan kaca n licinkan guns daun mempelas dan kertas pasir

    BalasPadam
  12. Ingatkan buaya untok cukur janggut je.... hehe

    BalasPadam
  13. ohh macam tu nak ketatkan ulu cangkul rupanya...kalo wak tak share ni, mungkin tak tahu pun kegunaan besi dua keping tu

    BalasPadam
  14. Baru tahu adanya benda nama baji tu. Cara pasang dia macam tu rupanya.. Ingatkan selit kat tepi je.

    BalasPadam
  15. Ilmu baru bagi saya ni wak...baru tau pasal baji tu..hehe

    BalasPadam
  16. ooo patut laa sy ada bau kedai smpi sini hahahah

    BalasPadam
  17. Bagus tutorial Wak ni...Atuk dah tahu, tapi Atuk sendiri tak pernah mengajarkannya pada anak cucu Atuk...terima kasih..mudah-mudahan generasi sekarang manfaatkannya.

    BalasPadam
  18. Ohh macam tu rupanya. Ingatkan cangkul beli siap. Baru tahu baji baru tahu itu fungsinya. Bagus wak share, kalau tidak tak tahu. hihi

    BalasPadam
  19. cangkul dan petani berpisah tiada, baru2 ni gigih juga guna cangkul sebab tanam anak kucing mati belakang rumah, sambil cangkul sambil bergenang air mata saya wak :(

    BalasPadam
  20. Baru tau canfkul kena pasang baji utk mengetatkannya

    BalasPadam
  21. Ooo macam tu...kalau suruh SA yg buat mmg x jadi la kot..silap hb mmg x pasang la cangkul tu

    BalasPadam
  22. Terbaik wak! terima kasih atas tutorial nya!

    BalasPadam
  23. Owh.. kena letak baji ye wak.. Ingatkan kalau dah ketat dah boleh guna je..

    BalasPadam
  24. Baru saya tahu camana nak ketatkan ulu cangkul. Mekasih, wak, berkongsi ilmu.

    BalasPadam
  25. lah rupanya kena potong lebihan depan tu..punyalah ketuk ketuk smpai penat..tapi rata kayu blum sampai balance dgn besi..haha

    BalasPadam