Khamis, 12 Mac 2020

Musim Bunga

Salam bertani

Sempena musim panas ini, sebahagian pokok-pokok tanaman yang wak tanam mula berbunga. Kemugkinan musim bunga kali ini ada beberapa peringkat kerana sebahagiannya belum berbunga dan mengeluarkan pucuk baru. Selepas hari raya nanti, bermulalah musim buah-buahan tempatan pula.



Bunga durian


Anak duiran klon ini sudah 3 kali berbunga.


Pokok rambutan jarum emas lebat berbunga


Bunga rambutan jarum emas


Bunga jambu bol


Pokok belimbing madu tak berhenti berbunga dan berbuah



Putik buah belinjau


Bunga bidara


Pokok bidara ini sudah beberapa kali berbuah


Pokok mulberi galak berbunga selepas dipangkas


Anak nangka madu j33 berputik kali kedua


Putik nangka mantin (isi merah)


Pokok longan ping pong juga berbunga


Setangkai putik longan ping pong


Bunga ciku


Bunga jambu air


Pokok kopi juga lebat berbunga


Bunga dan buah kopi


Anak kuini belajar berbunga


Bunga sulungnya 4 tangkai


Pokok limau bali sunkist juga berbunga.

Salam bertani.

36 ulasan:

  1. mesti wangi je kan wak.... teringat dulu masa rumah atuk ada tanam pokok kopi, wangi bunganya.. sekarang dah takde dah orang tanam pokok kopi lagi kat kampung... agak-agak raya nanti dah masak ke belum semua yang berputik ni ya wak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak masih simpan beberapa pokok kopi di kebun
      Bila berbuah lebat sangat.
      Arwak bapak dulu pandai proses kopi.

      Padam
  2. alhamdulillah x lama lagi menuai hasil bakti lumayan kangji wak pada bumi..

    BalasPadam
  3. Teringin betul nak ke kebun Wak dikala musim menuai hasil nanti hehe

    BalasPadam
  4. Subur semua pokok dia.. Tunggu hasil je la nanti.. Kita2 yang takde tanaman ni, hasil datang dari Pasar je. Hulur duit dapat hasil.. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hasil pertanian ni tak menentu
      Kadang2 jadi, kadang2 tak
      Musuh dan ancamannya pun banyak

      Padam
  5. Nangka tu makan waktu kecil gitu sedap. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh.
      Wak biasanya dah besar sikit baru boleh buat sayur nangka muda.

      Padam
  6. Balasan
    1. Pokok bidara ni kecik aje dah buah.
      tanam dalam pasu pun boleh

      Padam
  7. BANYAK BETUL JENIS TANAMANNYA SEDANG GALAK BERBUNGA N BERPUTIK..INSYAA ALLAH MELMPAH RZKI HASIL RAJIN BERTANI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah
      Mudah2an menjadilah hasil tanaman kali ini.

      Padam
  8. mcm2 jenis pokok buah ada d kebun WP. kena buat lawatan sambil belajar la nampaknya.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah.Seronok bila tengok pokok buah buahan mula berbunga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak membayangkan bunga dan putik itu suatu harapan.
      Harapan yang dinanti2kan sebagai sumber rezeki.

      Padam
  10. Kebun WP ada pokok buah belinjau..wah bestnya..sedap tu kalau buat gulai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak banyak tanam pokok belinjau.
      Pucuk mudanya selalu wak jual kat pasar.

      Padam
  11. bestnya wak, semua bebunga. seronok tengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila musim bunga kembang nanti, mewangi satu kebun.

      Padam
  12. wahhhhh. x sabar nak tengok hasilnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah
      Nanti wak tunjuk dalam entri2 akan datang

      Padam
  13. alhamdulillah...seronok bila semuanya subur berbunga

    BalasPadam
  14. seronok tengok pokok2 tu semua dh berbunga dan berbuah tuu

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah.. menjadi semua pokoknya ye wak.. Semoga semuanya sihat mengeluarkan buah..

    BalasPadam
  16. Wahh semuanya tengah berbunga. Tak lama lagi je ni musim buah dah.

    BalasPadam
  17. meriah sungguh tu...bila hasil dah keluar..itu yg paling bess

    BalasPadam
  18. indah ciptaan Allah.
    kalau la dekat, nak aida bwk anak2 ke dusun wak ni.
    tunjukkan secara alami.
    dari bunga, nanti jadik buah :)

    BalasPadam
  19. SA suka bau bunga durian waktu pagi....rindunya suasana tu...

    BalasPadam