Isnin, 23 Mac 2020

Balut Putik Nangka

Salam bertani.

Sudah dua petang hujan turun dengan lebatnya setelah agak lama tiada hujan. Jadi ringan sikit tugas-tugas wak di kebun kerana tidak payah menyiram tanaman. Bolehlah wak melakukan tugas-tugas lain seperti membaja, merumput dan meronda-ronda kawasan. Pagi ini wak mula membungkus putik nangka yang bergayutan di pokok. Sekiranya lambat dibungkus, buah-buah nangka akan rosak diserang oleh lalat buah. Wak balut menggunakan karung plastik bekas makanan ayam.


Putik2 nangka madu J33 selesai dibalut.


Nangka Mantin ini  berbuah kali ke-dua.


Nangka madu J33.
Sebahagian buah2nya sudah dibalut.


Nangka merah.
Sebahagian buahnya sudah dibalut.
Sebahagiannya menunggu masa beberapa minggu lagi.


Setangkai putik nangka.
Perlu simpan sebiji sahaja untuk pembesaran
sebelum dibalut. 


Esok sambung balut yang ini pula.


Juga perlu dibalut beberapa hari lagi.


Anak pokok nangka ini baru belajar berbuah.

Buah-buah nangka ini dijangka boleh dituai selepas sambutan hari raya nanti.

Salam bertani.

23 ulasan:

  1. nangka madu itu mesti manis rasanya bila dah dituai nanti.

    BalasPadam
  2. Bagus balut awal-awal. baru elok buahnya nanti.

    BalasPadam
  3. Lebat berbuah...nangka putik buat masak lemak..huhu..time PKP ni, blm ke pasar lg..

    BalasPadam
  4. wahh..banyaknya buah nangka..nangka mana yang paling sedap ya WP, Saya ingat semua nangka sama je..ada banyak jenis rupanya..huhu..tahu makan saja..heh..

    BalasPadam
  5. Moga menjadi semua buahnya wak

    BalasPadam
  6. Nampak kecik pokoknya tapi dah berbuah…

    BalasPadam
  7. Wah yang kata kena simpan sebiji tu putik yang lain kena buang ke?

    BalasPadam
  8. wah... alhamdulillah.
    best nyer. ada pokok buah sendiri.
    subur plak tu.

    BalasPadam
  9. wong sogeh kambek tanaman harus sogeh jugak.. aminn

    BalasPadam
  10. Saya cuma tau ada nangka madu ja..rupa2nya byk jenis jugak ya..

    BalasPadam
  11. sini pun hujan petang2 wak tak berkesempatan jengah kebun blkg rmh semasa tempoj PKP ni :)

    BalasPadam
  12. byk buah nangka tu..tklama lg dpt la hasil tuaiannya

    BalasPadam
  13. Mesti manis-manis nangka ni kan wak

    BalasPadam
  14. kat tempat saya panas sangat cuacanya. Sedap buah nangka. Masa sekolah rendah, selalu bantu arwah mak potong nangka dan ulas buahnya dicucuk ke lidi beberapa ulas dan dijual.

    BalasPadam
  15. wah semoga menjadi buahnya WP

    BalasPadam
  16. Banyak sungguh buah yg lekat. Lumayan hasilnya nanti.

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah.. sedapnya nangka madu

    BalasPadam
  18. Dulu masa budak-budak, suka sangat ambil putik nangka makan sama perencah maggie. ahahah

    BalasPadam
  19. nangka ni dari muda sampai ke masak, semua sedap.

    BalasPadam
  20. Terbau² buah nangka.. Tak sabar nak balik kampung tengok yang dekat kampung..

    BalasPadam
  21. alhamdulillah...banyak hasilnya...

    BalasPadam