Isnin, 16 Mac 2020

Merumput Tanaman Serai

Salam bertani.

Pagi ini wak bekerja di dusun seperti biasa. Oleh kerana musim panas yang berpanjangan, setiap hari wak terpaksa menyiram anak-anak pokok buah-buahan dan sedikit tanaman kontan. Selesai menyiram pokok, wak membuang rumput yang tumbuh pada tanaman serai. Kira-kira pukul 11.00 pagi, selesailah kerja-kerja membersihkan rumput di kawasan tanaman serai.


Kawasan tanaman serai yang telah ditumbuhi rumpai


Pokok peria liar melilit serai 


Rumput israil memenuhi ruang tanaman.


Wak gunakan cangkul untuk menajak rumpai


Kawasan tanaman serai setelah selesai merumput.


Bebas dari ancaman rumpai


Serumpun anak serai


Stok bulan puasa dan menjelang raya


Serai gajah/serai peha ayam mempunyai saiz yang besar
berbanding serai kampung.

Salam bertani.

34 ulasan:

  1. Bersih sekitar serai, takde rumput dah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila kawasan tanaman bersih, hati pun suka tenguk

      Padam
  2. gemuk juga hasil serai tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni tengah musim kemarau,
      harap2 bila hujan nanti, bertambah2 suburnya.

      Padam
  3. puas buat masak kalau guna serai peha ayam tu wak... abah pun ada jugak tanam sikit sekitar rumah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak tanam serai paha ayam ni untuk jual sebab orang suka beli yang besar2.
      untuk makan sendiri, wak tanam serai kampung di belakang rumah. Serai kampung walaupun kecil, aromanya lebih menyelerakan.

      Padam
  4. Balasan
    1. Serai paha ayam ni besae,
      tapi serai kampung tu lagi harum baunya.

      Padam
  5. kat rumah parent ejulz pun banyak serai. x payah beli. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada kawasan mesti tanam serai walau serumpun sebab
      memang selalu guna.

      Padam
  6. baru tau nama rumput tu rumput israil..mesti sebab dia merampas tanah tanaman lain kan...hahahhaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab tu dipanggil rumput israel SS.
      Tapi ia boleh dijadikan makanan ternakan ( kambing, lembu, arnab dan ayam suka rumput israel ni)

      Padam
  7. rumput yang tumbuh ni menjadi pesaiang kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumput yang tumbuh ni memang kena kawal sebab ia menguasai ruang dan menggunakan nutrien yang sama.

      Padam
  8. bestnya dapat rasa hasil tanaman dari kebun sendiri..serai antara bahan masakan wajib ada kat fridge rumah saya:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat tepi dapur pun wak ada tanam beberapa rumpun.
      Kalau pn is3 nak guna, terus potong aje.

      Padam
  9. Teringin nak tanam quinin. Sepokok saja

    BalasPadam
  10. Saya bayangkan seronoknya hidup wak...mengabdikan diri pd tanah dgn menanam berbagai jenis sayuran dan buah2an..tak stress mengadap jem..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak pulak bayangkan tentu seronok orang duduk bandar,
      Makan sedap2 kat hotel/restoran, tenguk wayang, makan angin dsb.

      Padam
  11. Rajin nya hamba alla ini..syukuri nikmat ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita kena rajin dan komited dengan kerja kita cikgu.

      Padam
  12. rasa nk berkebun tapi panas tu buat jadi malas la pulak hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Panas dan hujan dah jadi mainan wak.
      Cuma kilat dan petir aje yang wak takut.

      Padam
  13. Gemok serainya..saya ingat main tanam je Wak, rupa kena gak ek menjaganyaa...

    BalasPadam
  14. first time tengok serai gajah.. besar..

    BalasPadam
  15. Banyak betul wak tanam serai. First time tahu kewujudan serai gajah tu

    BalasPadam
  16. Bestnya. Sebenarnya antara impian Elly bila duduk kampung nak tanam serai.

    BalasPadam
  17. Mesti Tak lama lagi lebat dah serai tu

    BalasPadam
  18. saya nak tanam serai, wak.
    lom lagi dpt peluang.
    tgk dulu la lepas musim kemarau ni hah.
    daun pandan atas tanah depan tu ha pun byk yg kering :(
    sedih!

    BalasPadam
  19. Saya suka serai gebu² cenggitu. Geram je tengok.

    BalasPadam
  20. Abah SA pun dah start tanam serai..serai memang keperluan..kat luar susah nak dapat..kalau ada pun kurus2

    BalasPadam