Isnin, 23 Disember 2019

MB 116 : 'Durian Oh Durian'

Salam bertani

Wak bukan nak buat rewiew cerekarama 'Durian Oh Durian' yang disiarkan oleh TW3 baru-baru ini (wak tak tonton pun). Wak nak tulis pasal pokok-pokok durian wak yang terkena musibah banjir. Banjir kali ini agak besarlah juga sehinggakan sedikit kawasan dusun wak digenangi air selama beberapa hari. Ini disebabkan oleh pelepasan air empangan tasik hingga air sungai melimpah memasuki kawasan kebun. Mujurlah hanya beberapa pokok durian di dusun wak yang terjejas.



Anak durian duri hitam berumur 3 tahun yang digenangi
air banjir baru-baru ini.


Keadaan pokok durian tersebut selepas air kering.
Mungkin tak dapat diselamatkan.


Anak durian musang king berumur tiga tahun  juga menjadi mangsa.


Juga menjadi korban
Musang king 3 tahun.


Harap2 anak durian musang king ini masih bernyawa


Pokok durian duri hitan ini juga terjejas.


Anak durian duri hitam berumur setahun kekeringan
Harga benih saja dah RM100



Anak benih durian udang merah berumur setahun.
Harga benih RM70.


Pengubat duka.
Akan gugur awal tahun depan.

Salam bertani.

34 ulasan:

  1. Allahu...sedihnya...moga ada pengganti yang lebih baik bagi yang dah rosak..ameen

    BalasPadam
  2. sabarlah wak.
    banjir ni susah nak ramal.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum wp,
    Harap wp banyakkan bersabar, insyaAllah ada gantian yang lebih baik lagi.

    BalasPadam
  4. Asalamualaikum..tak apa, Allah akan gantikan dengan yg lebaih baik ya..
    teruskan usaha ya WP

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wkmsalam cikgu.
      Semangat bertani wak tak pernah pudar.

      Padam
  5. Moga ada hikmah pada apa yang berlaku. Allah uji sebab DIA sayang. Teruskan usahanya wak..

    BalasPadam
  6. waalaikumussalam. semoga dipermudahkan urusan wak untuk tanam pokok2 baru, aamiin

    BalasPadam
  7. Allahuakbar.. Semoga ada rejeki lain buat Wak..

    BalasPadam
  8. Sabar dan redha...insyaAllah Dia beri penganti yg lbh baik..

    BalasPadam
  9. yang last sekali tu mohon sharing is caring dengan saya awal tahun depan hehehe.

    moga ALLAH gantikan dengan lebih baik wak :)

    BalasPadam
  10. Insyaallah ada rezeki lebih baik.

    BalasPadam
  11. Semoga dipermudahkan urusan & semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik ye wak. Durian yang gugur tahun depan, apa lagi... 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok durian dewasa ada yang tengah berbuah.
      Dalam dua minggu lagi, musimlah

      Padam
  12. In sya Allah... ada rezeki lebih besar tu nanti

    BalasPadam
  13. Allah..sedihnya...harap2 lepas ni ada rezeki nak gantikan pokok baru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak benih durian memang ada stok.
      kalau mati kena gantilah nampaknya.

      Padam
  14. InsyaAllah Ada pengganti yg baik WP selepas musibah ini..
    Alhamdulillah Ada juga penyejuk hati Tahun depan ye WP..

    BalasPadam
  15. Allahu..3 tahun dah pokok tu..Takpe wak, ada rezeki lebih baik. InshaAllah..
    Alhamdulillah ada rezeki durian gugur tahun depan.

    BalasPadam
  16. MasyaaAllah sabarlah sahabat disebalik musibah ada rahmat-Nya tersembunyi

    BalasPadam
  17. InsyaAllah.. Ada hikmahnya.. Semoga kuat melalui ujian ini..

    BalasPadam