Selasa, 18 Jun 2019

Buah Durian Tembaga

Salam bertani

Ada sepohon durian tembaga di dusun WP yang berbuah lebat pada musim kali ini. Pokok durian tembaga ini sudah berusia lebih 30 tahun dan berbuah dua kali setahun. Alhamdulillah, buah matangnya sudah meluruh sejak awal raya yang lalu. Dapatlah menjamu saudara mara dan sahabat handai yang datang beraya.



Isi buah durian tembaga. 
Oren, beraroma dan ada rasa pahit yang kuat.


Bentuk buah durian tembaga.
Lonjong, tangkai panjang dan durinya kasar.
2 - 2.5 kg sebiji.


Luruhan sepagi. 


2 - 3 ulas sepangsa 


Biji kecil


Seulas sepangsa (disebut kucing tidur)



Inilah pohon durian tembaga yang sayup menjulang awan.
Menghasilkan beratus biji buah durian.


Perdunya dibalut dengan 3 keping zink 
untuk mengelakkan serangan monyet dan tupai.

Salam bertani.

17 ulasan:

  1. isi kuning mmg agak pahit yer?
    sop suka yg x pahit.. huhuh

    BalasPadam
  2. Sy nak datang beli, boleh????
    (serius ni)

    BalasPadam
  3. ya ampun wak.... ngences wak oi

    kalau boh zink tu, tupai ngn monyet tak boleh manjat ke camne ye wak?

    BalasPadam
  4. SubhanaAllah.Nikmatnya.Isinya tu..kuningnya cantik sangat-sangat.Part kucing tido tu lagi-lagi kalau bijinya kesep..fuhhh..seulas dua dah boleh buat sendawa.

    BalasPadam
  5. pahit tu yang mengurangkan keinginan untuk makan durian

    BalasPadam
  6. Durian ni, makin pahit semakin sedap kan..

    BalasPadam
  7. Lamanya tak makan durian tembaga...

    BalasPadam
  8. memang ye ada sedikit rasa pahit pada durian tembaga ni kan WP. Haha petua balut dengan zink tu menjadi kalau dahan pokok tak bertemu dengan pokok lain sebab kami pernah cuba di kampung, tak menjadi bila tupai dan kera melompat dari dahan pokok lain yang berhampiran.

    BalasPadam
  9. Mmm... Sedapnya...😋😋😋😋 pahit2 lemak. Susah nak jumpa jenis ni ditempat saya. InsyaAllah awal bulan tujuh ni balik kampung makan durian didusun abang ipar.

    BalasPadam
  10. Allahu...sedapnya wakkk! Ada lagi tak? Nak datang laaa beraya! Hahaha

    BalasPadam
  11. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum tuan, sy sudah lama cari benih durian tembaga..kalau boleh nak benih kahwin, kalau tuan boleh buat benih kahwin dr pokok tuan,sy sedia membeli..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wkmsalam
      Maaf, wak tak buat benih durian kawin.

      Padam
    2. Asslmlkm en.umar, jika tuan nak beli anak pokok durian tembaga kawin boleh contact saya, d zairitacks@gmail.com. Saya ada simpan beberapa anak pokok durian berkenaan.hubungi 0176228345 jika hendak berhubung melalui telefon..t.kasih

      Padam
  13. Boleh bgi location di mana nk dpt durian TEMBAGA ni... Tq

    BalasPadam