Sabtu, 15 Jun 2019

Nangka Marhaban

Salam bertani

Buah sulung sepohon nangka madu j33 di kebun WP sudah matang pada pagi ini. Pokok nangka madu yang berumur tak sampai dua tahun ini mengeluarkan dua biji buah yang agak besar dan berat. Pokoknya terpaksa ditongkat untuk mengelakkan tumbang. Alhamdulillah jadi rezeki kumpulan marhaban cik kiah yang bertandang ke rumah.


Pohon nangka madu j33 ini berbuah sulung  dua biji.
Yang dibuka balutannya itu sudah matang dan berbau harum.


Hasil tuaian menunggang motorsikal.


Menghampiri 27 kg beratnya.


Keratan buah nangka madu j33.
Isinya elok dan manis.


Untuk dihidangkan kepada kumpulan marhaban wanita
yang bertandang ke rumah.
Salam bertani.

11 ulasan:

  1. Sedapnya..tahniah, berjasa pada tanah inilah hasilnya..bila balik kg mmg selalu berkebun, bila tgk hasil berbuah rasa puas hati sgt

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.Rzeki kumpulan marhaban ni.

    BalasPadam
  3. Wah.. kuningnya warna buah tu.. besar pula saiznya ye..

    BalasPadam
  4. ALHAMDULILLAH REZKI CIK KIAH MARHABAN TERBAU HARUM AROMANYA

    BalasPadam
  5. Saya nangka masak macam ni tak boleh makan...angin...sakit perut... tapi gulai nangka ON terus....takde pula angin

    BalasPadam
  6. Ya Allah sihatnya sampai 27kg tu alhamdulillah rezeki org marhaban

    BalasPadam
  7. sedapnya tengok isi nangka tu, dekat sini susah nak jumpa

    BalasPadam
  8. amboi berat tu...pun SA x leh makan dah...semput dibuatnya

    BalasPadam
  9. ajoqq^^com
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajoqq^^com...
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    BalasPadam