Isnin, 11 Mac 2019

Pokok Kelapa Tidak Bermayang

Salam bertani

Ada sejenis pohon kelapa yang agak berbeza daripada pohon kelapa yang biasa kita lihat. Perbezaannya ialah pada tandan buah kelapa tersebut walhal pokok kelapanya sama sahaja. Uniknya tandan kelapa ini tidak mempunyai mayang. Putik buah kelapa terdapat di sekeliling tandannya. Buah kelapa akan membesar  dan melekat pada tandan tersebut.


Sekali pandang pokok kelapa ini sama sahaja seperti pokok kelapa
yang lazim kita lihat.


Seludang kelapa ini mengeluarkan tandan kelapa tanpa mayang.
Putik kelapa melekat pada tandannya.


Putik kelapa yang membesar melekat pada tandannya.
Putik kelapa yang tidak menjadi akan kering dan gugur.


Setandan buah kelapa tanpa mayang.


Perbezaan dengan putik kelapa biasa.
Ini adalah tandan kelapa yang biasa kita lihat di mana putik dan buahnya
berada di mayang/tangkai tandan kelapa.

26 ulasan:

  1. mula-mula baca tu tak paham tapi bila dah tengok gambar baru paham... ingatkan semua kelapa tumbuh sama ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jenis ni jarang2 orang tanam
      Buahnya pun tak lebat

      Padam
  2. apa nama pokok kelapa ni wak? mmg tak pernah jumpa kelapa jenis gini nih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni kelapa kampung biasa jugak
      Cuma jarang2 orang tanam kerana buahnya kecil dan tak lebat

      Padam
  3. sama tapi lain. first time nengoknya

    BalasPadam
  4. Unik..tapi inilah kekuasaan Allah kan Pakcik WP.

    BalasPadam
  5. Haah la lain rupa dia..takde mayang...

    BalasPadam
  6. Pernah jumpa buah kelapa macam ni tapi tak tahu perbezaannya namapak sama je...

    BalasPadam
  7. ada juga kelapa macam ni ya ...

    BalasPadam
  8. Oh...baru tahu. Hebatnya ciptaan Ilahi. Macam-macam versi kelapa pun ada... :)

    BalasPadam
  9. dapat isi n air buat coconut shake sedap ni. hehe.

    BalasPadam
  10. KELAPA TANPA MAYANG NMPAK KECIL BUAHNYA

    BalasPadam
  11. Bentuk buah macam melonjong sangat.

    BalasPadam
  12. Rezeki semakin banyak..lebat buahnya

    BalasPadam
  13. Haah la.. mcm Mana Boleh jadi gitu ye

    BalasPadam
  14. Kelapa ni digelar orang sebagai kelapa nipah

    BalasPadam
  15. kami panggil kelapa kulbi.. sbb sama mcm buah kulbi.. sy ada 2 pokok.. buah nya besar...ade pertanyaan. blh hubungi adam 0199252936

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah... Saya ada sepokok kelapa mcm ni...

    BalasPadam
  17. Sy ada tanam sepokok kelapa ni, org Kate kelapa santau...😰😰..x Thu deyy...tapi airnya fuhh power, manih gilerr mcm ada gas...👍👍 Tapi buahnya kecik...sekali hadap 4 bj baqu puaihh...😁😁

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah...kat rumah tok saya masih ada lagi spesis pokok ni...sedap isi dan airnya

    BalasPadam
  19. Rumah saya ada buah kelapa ni..tp buab dia tak sempat nk besar dah luruh..kadang2 tu sampai standan tu luruh..kenapa y

    BalasPadam