Sabtu, 23 Mac 2019

Pokok Rambutan Mula Berbunga

Kesemua pokok rambutan di dusun WP sudah mula berbunga. Ada pokok rambutan  anak sekolah, jarum mas, deli dan rambutan gading.  Kebanyakannya sudah berusia lebih sepuluh tahun dan sudah beberapa kali dipangkas supaya tidak meninggi. In syaa Allah, lepas raya nanti bermusimlah.



Pokok rambutan mula mengeluarka bunga.


Pokok rambutan jarum emas yang rimbun dan rendang.
Keseluruhan pucuk pokok mengeluarkan bunga. 


Rambutan anak sekolah juga mula berbunga.
Bunganya hingga mencecah tanah.


Bunganya akan mekar dalam masa beberapa minggu lagi.


Rambutan gading juga berbunga.


Berbunga lebat sempena musim panas ini.


Sebaris pokok rambutan yang sedang mengeluarkan bunga.


Bunga rambutan ini akan menghasilkan buah matang selepas raya nanti.

Salam bertani.

24 ulasan:

  1. Bestnya pakcik. Fiza suka makan rambutan budak sekolah. Tapi, Fiza tak boleh makan banyak. Mesti batuk. 😊

    BalasPadam
  2. rambutan sana masih segar ya.Tempat saya dah gugur dedaun dah tak ada daun luruh di musim kemarau

    BalasPadam
  3. rasanya baru lepas jer musim buah, pokok dah start berbunga balik... cepat betul masa berlalu sekarang ye Wp.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.Hikmah musim panas..nanti bila buahnya dah masak pasti cantik pokoknya....dari jauh kuning semuanya..dari jauh merah semuanya...

    BalasPadam
  5. Mmm.. Dusun abang ipar saya pun dengar kata lepas raya juga berbuah.

    BalasPadam
  6. Wahhh. . Lepas raya kenduri buahlah nampaknya

    BalasPadam
  7. Seronoknya bila berbuah nnt, bolehlah makan buah.. Kat tmpt kami ni, susah nak berkebun, byk monyet.

    BalasPadam
  8. wahhhh boleh hidang dekat tetamu masa raya nanti. Bestnya!!

    BalasPadam
  9. tak sabar nak tengok hasil :)

    BalasPadam
  10. sungguh beruntung dapat menanam pokok rambutan sendiri.

    BalasPadam
  11. Wahhh musim rambutan nak datang dah.

    BalasPadam
  12. Wah! banyaknya bunga rambutan puas makan ni kalau menjadi.
    Tapi time ni mesti banyak ulat bulu kan?

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum.wp...kalau berbuah ni nanti mmg puas dpt mkn buahnya...

    BalasPadam
  14. Wah.. dah nak dekat dah musim buah.. Lepas nie merah kuninglah warnanya..

    BalasPadam
  15. Banyaknya jenis-jenis pokok rambutan

    BalasPadam
  16. Rimbunnya pokok Ni mesti buahnya pun lebt nanti

    BalasPadam
  17. Alhamdullilah lebatnya pokok rambutan nie berbunga ya.. Kak Sue peminat buah rambutan, paling Kak Sue suka rambutan gading..

    BalasPadam
  18. Sukanya hati kalau dpt melihat tanaman segar dan menghijau mcm ni. . Buah segar dr pokok nanti sedap sgt tu

    BalasPadam
  19. Saya tak suka rambutan WP tapi kalau ada tolong kopekkan kulit dia boleh je makan hahahha

    BalasPadam
  20. numpang share ya min ^^
    Hayyy guys...
    sedang bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
    dari pada bosan hanya duduk sambil nonton tv sebaiknya segera bergabung dengan kami
    di DEWAPK agen terpercaya di add ya pin bb kami D87604A1 di tunggu lo ^_^

    BalasPadam
  21. Adakah semua pokok berbunga akan menghasilkan buah?. Sbb Ada yg kata klau pkok lelaki wlpun bbunga to tdk Akan bbuah.

    BalasPadam