Isnin, 25 September 2017

Pokok Longan Brazil

Salam bertani

Salah satu jenis pokok longan yang mula mendapat perhatian para petani ialah pokok longan brazil. Buah pokok longan brazil adalah di antara buah longan yang paling besar, saiznya hampir sebesar telur ayam kampung. Rasanya seakan rasa buah longan biasa tetapi mempunyai isi yang agak tebal dan manis. Isinya diselaputi kulit dalam yang lembut dan perlu dibersihkan sebelum memakannya.

Pokok longan brazil mudah dibiakkan melalui semaian biji benihnya atau boleh juga gunakan kaedah cantuman atau markot. Pokok yang dibiakkan melalui biji benih akan mula berbunga dan berbuah selepas dua tahun ditanam. Saiz pokoknya agak sederhana dan perlu dicantas setiap kali selepas dituai buahnya supaya sentiasa  rendah dan rendang. Ia adalah jenis buah-buahan tidak bermusim.

Musuh utama buah longan brazil ialah serangan serangga lalat buah. Buah yang matang akan rosak dan berulat sekiranya terkena serangan lalat buah. Buah perlu dibungkus untuk mengelakkan kerosakkan tersebut. Selain itu, kelawar, tupai dan monyet juga sangat berminat dengan buah longan brazil ini. Buah longan brazil yang terlalu masak akan pecah sendiri di pokok.


Setangkai buah longan brazil


Anak benih pokok longan brazil


Sepokok longan brazil dewasa yang sudah berbuah.


Pokok longan brazil sedang berbuah


Setangkai bunga longan brazil


Bunga longan brazil membentuk putik buah


Buah longan brazil bersaiz besar


Bentuk buahnya agak bulat dengan sedikit lonjong


Berwarna hijau semasa muda.


Setangkai buah longan brazil yang lebat


Buah yang hampir matang.
Warnanya agak kekuningan.

Salam bertani.

23 ulasan:

  1. Salam bosku...tanam longan brazil dari bulat biji brapa lama baru tumbuh tunas..??tq

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. tuan bule hubungi saya jika mahu 0162295464

      Padam
  3. Di nerseri pertanian biasanya ada jual

    BalasPadam
  4. Apa kah sama longan brazil dgn matoa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Matoa ialah longan kristal
      Buahnya apabila masak berwarna kemerahan.

      Padam
  5. Boleh share tanah, baja dan penjagaan nya.

    BalasPadam
  6. Berapa lama pokok longan akan berbuah

    BalasPadam
  7. Boleh tut ke dahan longan Brazil ni?

    BalasPadam
  8. Saya ada 2 pohon longan brazil ni,p tdk pandai bbuah,umur 2thn lbh..tinggi besar,mau tnya bila agaknya umur nya ckup msa untk dia bbuah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perlu dicantas supaya tidak terlalu tinggi dan cepat berbunga

      Padam
  9. Sy ada pokok longan Brazil ni tp buahnya gugur...berbuah je x sempat masak semua gugur...blh bg petua x cmna nk atasi masalah buah gugur ni

    BalasPadam
  10. Jiran saya seorang profesor pencen memberi saya merasa sebiji buah longan Brazil ni. Sedap rasanya. Kemudian dia beri beberapa biji benih yang telah disemai. Saya sudah tanam dalam pasu kecil. Sudah besar nanti saya nak alihkan ke tanah. Haral² menjadi pokoknya.

    BalasPadam
  11. Dekat mna nk cari buah ni ye..kawan mengidam

    BalasPadam
  12. Saya terpetik buah yg belum masak , blh saya tahu adakah boleh diperam buah ni ?

    BalasPadam