Ahad, 4 Jun 2017

Pokok Limau Purut

Salam bertani

Pokok limau purut merupakan salah satu tanaman herba yang perlu ada di kawasan rumah kita kerana kegunaannya yang pelbagai. Ia boleh ditanam di atas tanah atau pun di dalam pasu dan sesuai dijadikan tanaman hiasan juga. Pokok limau purut boleh disemai melalui biji benih atau pun tut. Untuk mendapatkan pertumbuhan pokok yang baik, limau purut bolehlah dibiakkan melalui cara cantuman mata tunas menggunakan pokok penanti (anak benih) limau nipis. Pokok limau purut cepat berbuah dan lambat membesar.

Kegunaan utama pokok limau purut ialah daunnya yang biasa digunakan dalam masakan tempatan seperti rendang, tomyam, sop sayur, laksa dan kuah satay.

 Manakala buah limau purut digunakan dalam perubatan tradisional, penjagaan kesihatan dan kebersihan dan juga perasa minuman. Buah limau purut sesuai dijadikan bahan mandian untuk membasmi bau badan dan melembutkan kulit.. Ia boleh digunakan juga sebagai bahan pencuci rambut untuk mengurangkan kelemumur serta melembut dan melebatkan rambut. Buah limau purut juga digunakan sebagai bahan pencuci tandas/bilik bilik air kerana aromanya. Ia juga digunakan sebagai bahan  mencuci ikan air tawar untuk menghilangkan bau hanyirnya.


Sepohon limau purut di tepi pagar rumah WP.
Pohonnya kecil dan rendang. Sudah berbuah dan daunnya 
sering digunakan untuk masakan.


Berbunga lebat di bahagian pucuk pokok. 


Bunga yang sedang mekar.



Putik buah limau purut.


Buah muda limau purut.


Buah limau purut.




Buah yang semakin membesar.
Kulit buahnya menggerutu



Daun limau purut seakan-akan bentuk no. 8
Sesuai dijadikan perasa masakan.



Kumbang kura-kura (ladybird) yang sering merosakkan daun limau purut.

Daun dan buah limau purut juga ada nilai herba kerana mengandungi bahan anti pertumbuhan kuman dan antikanser.  Ia juga dapat meredakan tekanan darah, pembersihan gigi, rambut dan kulit serta boleh merawat luka dan gigitan serangga.

Tanamlah sepohon limau purut di sekitar rumah untuk kegunaan sendiri atau sebagai tanaman hiasan di dalam pasu yang bermanfaat.
Salam bertani.



Catat Ulasan