Sabtu, 17 Jun 2017

Balung Ayam

Salam bertani

Balung ayam terletak di atas kepala ayam. Kadang-kadang dipanggil pial ayam tetapi WP biasanya panggil jengger ayam. Ayam-ayam kampung yang WP pelihara mempunyai tiga jenis balung yang berbeza dari segi rupa dan bentuknya. Ada ayam yang mempunyai balung jenis tunggal, balung jenis ros dan balung jenis kacang.

1. Balung Tunggal

   Saiz balung dan gelember yang besar dan tinggi seperti mahkota. Kadang-kadang balungnya terlentuk ke bawah. Kebanyakan ayam kampung, ayam kacuk, ayam baka import dan ayam hutan mempunyai balung jenis ini. Tidak sesuai dijadikan ayam laga kerana balungnya yang besar mudah menjadi sasaran lawan.


Ayam jantan balung tunggal


Seekor lagi ayam jantan balung tunggal


Ayam betina balung tunggal


Seekor ayam betina balung tunggal


Ayam hutan mempunyai balung tunggal


Ayam gajah juga berbalung tunggal

2. Balung  ros

 Mempunyai balung yang sederhana besarnya dan gelember yang panjang. Bentuk balung yang bergerigi dan berbaris-baris. Ayam balung rose biasanya adalah hasil kacukan daripada ayam balung tunggal dengan ayam balung kacang.



Ayam jantan balung rose



Seekor lagi ayam jantan balung rose


Ayam betina balung rose


Pandangan hadapan balung rose

Balung kacang

  Balung yang bersaiz kecil dan gelembernya juga kecil dan dianggap sebagai balung yang paling ideal. Ayam yang mempunyai balung kacang sering dijadikan bapak ayam kerana sering menang dalam pergaduhan. Ayam sabung seperti ayam siam dan ayam burma juga mempunyai balung kacang.

Ayam jantan balung kacang


Seekor lagi ayam jantan balung kacang


Ayam betina balung kacang



Sekor ayam betina balung kacang


Ayam jantan balung kacang

Kita jarang-jarang makan kepala dan balung ayam apabila menyembelihnya. Ada kepercayaan orang dulu-dulu bahawa memakan balung ayam amat bermanfaat untuk kesihatan kaum lelaki terutama untuk mengatasi masalah penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seksualiti.
Waulahualam.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan