Ahad, 11 Jun 2017

Pokok Ara Mekah.

Salam bertani

Pokok ara mekah merupakan tanaman hiasan atau landskap yang ditanam kerana bentuknya yang menarik. Ia merupakan pokok berkayu yang mempunyai banyak cabang dan berdaun lebar. Kanopinya berbentuk rimbun dan rendang dan jika dibiarkan kebanyakan daunnya akan mencecah tanah.

Pokok ara mekah boleh dibiakkan dengan cara tut (markot). Ada juga yang menanamnya menggunakan kerata batang tetapi peratus pertumbuhannya agak rendah. Selepas dua tahun penanaman, biasanya pokok ini akan mengeluarkan buahnya di pangkal pokok. Buahnya seakan-akan buah tin tetapi bergugus-gugus dalam satu tangkai. Buah mudanya berwarna hijau dan bertukar kepada warna merah apabila matang. Buah matangnya boleh dimakan tetapi rasanya kurang manis dan kurang isi serta bergetah. .Buahnya biasanya terbiar begitu saja.


Sepohon pokok ara mekah yang ditanam sebagai pokok hiasan.
Berumur dua tahun dan sudah mula belajar berbuah. 


Mengeluarkan buah di pangkal pokok.
Buahnya bergugus-gugus dalam satu tangkai.




Daun muda pokok ara mekah.
Daunnya mempunyai nilai herba yang tinggi. 


Sepohon ara mekah yang lain.
Juga berumur dua tahun dan sudah belajar berbuah.


Mula mengeluarkan tangkai buah di pangkal pokok.
Sebahagian buah muda sudah kelihatan.

Pokok ara mekah dikatakan mempunyai nilai herba terutama sekali daunnya. Ia dikatakan boleh mengawal kandungan gula dalam darah , bersifat anti kanser dan pelbagai penyakit lain. Buah matangnya dapat membekalkan tenaga yang berpanjangan menyebabkan kita lambat merasa lapar selepas memakannya.
Waulahualam.



Salam bertani.


3 ulasan: