Ahad, 18 Jun 2017

Hijau 1

Salam bertani

Awal pagi tadi cuaca agak mendung dan angin bertiup kencang menandakan hari nak hujan. Walau bagaimana pun hujan tak jadi dan sekarang cuaca dan bertukar panas terik pula. Selepas memberi makanan kepada ternakan ayam dan itik, WP hanya membuat kerja-kerja ringan di sekeliling rumah termasuklah membersihkan rumput rampai dan memotong pelepah pisang. Sambil-sambil tu, shoots beberapa gambar untuk dimuat naik dalam entri hari ini.



Sepokok cili api


Pokok cili api depan pintu dapur.


Tanaman ubi pulut untuk daun (pucuknya)


Buah pisang 40 hari hampir matang



Pokok pegaga dan pokok kantan.


Bunga kantan


Nanas sarawak dan pokok pandan wangi


Sebiji buah nanas sarawak matang di pokok


Cili siam dalam pasu.


Pokok kunyit


Pokok pisang jari buaya


Pokok pisang nangka


Pokok pisang lemak manis


Pokok keladi telur


Pokok keladi sulur


Pokok pisang tanduk 


Anak-anak pisang tanduk generasi ke-dua yang baru ditanam.


Pokok pisang raja udang yang besar dan tinggi


Pokok pisang awak



Pokok pisang nipah 


Tanaman di tepi pagar


Tanaman di luar pagar


Pokok ulam raja


Tanaman kentang jembut, pokok pisang tanduk generasi ke-dua dan
pokok kacang botor melilit pagar.



Tanaman herba



Tanaman pucuk manis di tepi pagar.


Salam 23 Ramadhan
Salam bertani.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan