Ahad, 11 September 2016

Ubi kayu 3 : Ubi Indon

salam bertani.

WP ada menanam ubi kayu varieti baru yang dipanggil ubi indon oleh masyarakat di sini. Ubi kayu ini khabarnya berasal dari Indonesia, dibawa masuk oleh pekerja-pekerja Indonesia yang bekerja di kebun-kebun sayur di sini. WP tidak pernah membuat kajian dan tidak pasti sama ada fakta ini benar atau tidak.

Pokok ubi kayu indon bersaiz kecil jika dibandingkan dengan pokok ubi kayu yang kita tanam. Ia ditanam melalui keratan batang dan boleh dituai selepas 4 bulan penanaman dengan bilangan buah yang banyak. Buahnya juga kecil dan panjang dan keistimewaannya ia langsung tidak berkayu dan mempunyai tangkai buah yang kecil juga.

Buah ubi kayu indon sangat sesuai dibuat tapai kerana ia tidak terlalu empuk atau hancur apabil direbus. Ia juga sesuai digoreng dan dibuat pengat dan dijadikan kerepek ubi. Pucuk ubinya pula boleh dibuat sayuran.


Anak pokok ubi indon yang ditanam secara berbatas seperti sayur-sayuran.


Sepohon ubi indon yang ditanam di tepi pagar rumah.


Mempunyai batang yang kecil dan pelepah daunnya
berwarna merah



Pokok-pokok ubi indon yang ditanam secara berbatas
dan sudah boleh dituai.


Pandangan pokok ubi indon dari dekat.


Buah ubi indon yang dituai.


Ubi indon goreng.


Ubi indon sangat sesuai dibuat tapai kerana saiznya
yang kecil dan tidak berkayu.

Salam bertani.
Catat Ulasan