Pokok nanas sarawak merupakan tanaman nanas yang mempunyai buah yang paling besar dan masa penanaman yang agak panjang. Apatah lagi, WP menanam nanas sarawak untuk kegunaan sendiri tanpa menggunakan hormon penggalak buah menyebabkannya lambat berbunga dan mengeluarkan hasil. Jangka hayat penanaman hingga menuai hasil menjangkau masa satu setengah tahun. Walau bagaimana pun, buah yang dihasilkan sangat lazat dan manis berbanding yang ditanam secara komersial.
Anak benih pokok nanas sarawak diambil melalui sulur ketiak yang dihasilkan oleh pokok induk yang telah dituai hasilnya. Walau pun jambul buah nanas sarawak boleh dijadikan anak benih, tetapi WP tidak menggunakannya kerana pokoknya agak lambat membesar dan buahnya kurang berkualiti.
Anak-anak pokok nanas sarawak tidak ditanam serentak kerana bergantung kepada sulur ketiak yang dihasilkan oleh pokok induk. Buah nanas sarawak juga tidak dituai serentak kerana umur penanaman yang tidak sama.
WP tidak menanam nanas lain selain nanas sarawak kerana nanas sarawak senang ditanam, sangat resisten terhadap penyakit dan kurang berduri. Ia juga sesuai ditanam di tempat yang sedikit naung di sekitar rumah atau dusun buah-buahan dan tidak memerlukan pembajaan yang kerap. Hasilnya juga tidak bermusim dan dapat dituai sepanjang masa.
Anak benih nanas sarawak dari sulur ketiak.
Perlu dibiarkan beberapa hari sebelum ditanam untuk mengurangkan
kandungan airnya yang boleh menyebabkan serangan kulat.
Anak benih nanas sarawak dari sulur ketiak yang sudah diubah ke tanah.
Sekumpulan pokok nanas sarawak yang terdapat di bahagian hadapan rumah WP.
Ada yang sudah berbuah dan ada yang baru ditanam.
Yang ini ditanam di belakang rumh.
Kumpulan ini ditanam di tepi jalan bersama-sama tanaman hiasan lain.
Di belakang dapur.
Sekelompok lagi bersebelahan reban ayam.
Bunga nanas sarawak.
Sebahagian pokok nanas sarawak yang sedang berbuah.
Buah nanas sarawak muda.
Sedang membesar.
Buah yang besar dan sihat.
Hampir matang
Sudah matang dan boleh dituai.
Memakan masa 4 bulan daripada bunga.
Sulur ketiak akan dihasilkan oleh pokok induk
apabila buahnya hampir matang.
Sulur jambul buah boleh juga dijadikan bahan penanaman.
Sepohon induk nanas sarawak akan menghasilkan 2 - 3 sulur ketiak.
Buah nanas sarawak matang yang dituai.
Berbentuk lonjong dan panjang sekiranya jambul tidak dibuang.
Buah nanas sarawak matang yang dibuang jambulnya semasa putik.
Buahnya lebih besar dan agak bulat.
Sebiji buah nanas sarawak yang besar boleh mencapai berat sehingga 7 kg.
WP menanam pokok nanas sarawak di sekitar rumah dan kebun untuk suka-suka sahaja. Hasilnya untuk kegunaan sendiri dan adik beradik yang sering pulang ke kampung, juga untuk jiran-jiran terdekat.
Bertani merupakan suatu hobi yang boleh mendatangkan hasil dan menyihatkan badan.
Salam bertani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan