Ahad, 18 September 2016

Harga Bezza.

Salam bertani.

WP bukan nak cerita tentang harga kereta tetapi tentang produk lain. Jadi tajuk entri ni dah salah eja. Patutnya 'Harga Beza' iaitu tentang perbezaan harga sesuatu barangan yang sama. WP membeli satu produk barangan yang sama di dua tempat yang berbeza dalam masa yang lebih kurang sama.


Dua bekas minuman ternakan ayam.
Saiz dan kualiti yang sama.


Dibeli daripada penjual yang berbeza.
Kedua-duanya ada tanda harga.


Yang ini dibeli daripada sebuah pasar raya.
Harganya RM10.90 (offer)
Harga asal RM11.90.


Yang ini pula dibeli di pasar minggu daripada peniaga yang menjual unggas.
Harganya tertera RM7.90 dan boleh ditawar menjadi RM7.50 sahaja.

Kita sebagai pengguna kena bijak berbelanja dan membandingkan harga barangan.
Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan