Jumaat, 16 September 2016

DIY : Reban Itik Telur.

Salam bertani.

Hari ini sepanjang hari WP bertungkus lumus menyiapkan reban itik baru di belakang rumah. Tapak untuk reban baru telah disiapkan beberapa hari yang lalu sebelum hari raya Aidiladha. Alhamdulillah dapatlah itik-itik peliharaan WP menginap di tempat yang lebih luas dan selesa.


Keadaan ternakan itik di dalam reban lama.


Reban agak sempit untuk 11 ekor itik.


Persediaan tapak baru di luar pagar rumah.



Tapak diratakan dan pokok-pokok dialihkan.


Pembinaan reban dimulakan pada pagi ini.


Menggunakan BRC 2222



Bahagian pintu reban itik.
Pintu yang besar untuk memudahkan WP keluar masuk
memberi makanan dan mengutip telur itik.


Itik-itik dipindahkan ke reban baru.


Kawasan yang lebih luas dan selesa.


Inilah reban baru ternakan itik WP.


WP menternak itik telur hanya untuk suka-suka sahaja. Ada 11 ekor semuanya, 9 betina dan 2 jantan.
Setiap pagi WP boleh mengutip 4 hingga 5 biji telur itik untuk kegunaan sendiri.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan