Sabtu, 3 September 2016

DIY : Reban Ayam 1

Salam bertani.

Anak-anak ayam kampung peliharaan WP yang ditempatkan di reban didik bersama ibunya sudah mula membesar. WP bercadang membuat sebuah reban khas untuk anak-anak ayam tersebut. Nak cuba bela secara sistem kurung kerana ayam-ayam kampung ni kuat mengais dan merosakkan tanaman bunga dan sayuran. Pucuk pisang pun boleh habis dimakannya.

Pada 31 Ogos yang lepas, bermulalah projek membuat reban ayam. Kali ni WP tak pakai kayu langsung untuk membuat reban ayam tersebut. Bertukang sendiri tanpa bantuan sesiapa, dua hari baru siap.


1. Bahan-bahan.

Rod kerangka besi (3m )
sebanyak 30 batang


Pelapik jaring plastik (3m X 1.5m)



Bol dan nat


Ensel pintu 4 keping


BRC 2111 ( 1.75m X 2.75m)
3 bidang.

2. Peralatan


Gergaji besi untuk memotong rod kerangka besi.


Pemotong BRC


Spanar no 13


Playar


Pita ukur  1.5m

3. Binaan



Memasang kerangka.
Saiz 3m panjang X 1.5m tinggi  X  1m lebar.


Kerangka disambungkan menggunakan nat dan bol


Memasang BRC sebagai dinding dan lantai.


Lantai dipasang pelapik plastik.


Kerangka reban ayam yang telah siap diletakkan di hujung
pagar belakang rumah


Memasang kerangka bumbung.


Ada 2 pintu kerana binaan disekat 2 bahagian.


Memasang bumbung terpakai.


DIY : Reban ayam siap sepenuhnya.


Rumah baru bagi anak-anak ayam kampung.

4. Kos

25 rod  kerangka besi  X  RM 13.00   =   RM 325.00
3 keping BRC 2111      X  RM 59.00   =  RM 177.00
4 keping ensel pintu     X  RM 1.50     =  RM 6.00
Nat dan Bol                                           = RM 30.00
Bumbung ( tiada kos)
Upah ( tiada kos)

Jumlah kos sebuah reban ayam           = RM 538.00

Salam bertani.

Catat Ulasan