Tumbuh-tumbuhan yang kita tanam memerlukan baja tambahan untuk hidup subur supaya dapat mengeluarkan hasil seperti yang kita harapkan. Antara baja yang paling mudah didapati dan cepat memberikan kesan ialah baja kimia. Baja sebatian merupakan baja kimia yang telah diproses mengandungi pelbagai unsur yang diperlukan oleh pokok terutama sekali NPK (Nitrogen, Phospur dan Kalium.
Kadar NPK berbeza-beza mengikut jenis baja dan fungsinya. Baja sebatian NPK 15: 15 : 15 adalah baja yang sering digunakan untuk pertumbuhan pokok terutama pokok yang baru ditanam dan sayur-sayuran hijau .Baja ini biasanya disebut baja hijau.
Bagi keperluan untuk menggalakkan pengeluaran bunga pokok buah-buahan, sayur-sayuran, kelapa sawit, bunga-bungaan dan lain-lain tanaman pula kita memerlukan baja yang mempunyai unsur kalium yang lebih tinggi. Baja ini pula biasanya disebut baja biru. Beg baja juga berwarna biru atau bertulisan biru.
Contoh baja biru yang selalu digunakan. Sesuai digunakan untuk pokok buah-buahan dan sayur-sayuran berbuah. Perlu ditabur di dusun buah-buahan sebelum pokok mengeluarkan bunga.Juga digunakan untuk menggalakkan pembentukan bunga pada pokok sayur-sayuran jenis buah seperti tomato, cili, terung dll.
Inilah peratusan kandungan unsur yang terdapat di dalam baja biru.
Berbeza dengan baja hijau, baja biru mengandungi unsur Nitrogen dan Phospur yang berkurangan tetapi unsur Kaliumnya lebih tinggi.
Satu lagi contoh baja biru yang digunakan untuk pokok kelapa sawit dewasa.
Walau pun baja ini dikhaskan untuk pokok kelapa sawit dewasa tetapi ia boleh digunakan
untuk semua jenis tanaman bagi menggalakkan pengeluaran bunga dan buah.
Kandungannya ialah 12% N, 12% P, 17% K dan 2% Mg
Contoh baja biru yang dikeluarkan oleh MPOB untuk kegunaan
tanaman kelapa sawit.
Baja ini mengandungi 9% N, 6% P, 18% K, 2%Mg dan 0.5% B
Baja Nitrophoska Biru
Paling sesuai untuk menggalakkan pembungaan pokok buah-buahan,sayur-sayuran,
bunga-bungaan, kelapa sawit, kelapa, koko, kopi dll.
Kandungannya ditulis warna biru.
TE ialah unsur-unsur kecil yang diperlukan oleh tanaman.
Peratusan kandungan baja Nitrophoska biru.
12% Nitrogen, 12% Phospur, 17% Kalium
8% Sulfur, 2% Magnesium.
Berikut adalah kegunaan unsur-unsur utama pada baja NPK biru:
Phospor diperlukan untuk pembentukan akar pokok terutama anak benih yang baru ditanam. Phospor tunggal biasanya digunakan sebagai baja lubang iaitu baja yang ditaburkan ke dalam lubang sebelum penanaman anak benih.
Kalium berfungsi sebagai perintang dan daya tahan terhadap penyakit. Ia juga diperlukan untuk perkembangan akar pokok dan pembentukan bunga dan buah yang berkualiti dari segi rasa, warna dan saiz. Kandungan Kalium dalam baja biru lebih tinggi untuk menggalakkan pengeluaran bunga dan buah yang banyak dan berkualiti.
Sulfur pula adalah unsur tambahan yang boleh membantu pembentukan warna hijau pada daun. Tanaman yang kekurangan sulfur menyebabkan daunnya kekuningan.
Sekarang adalah masa yang sesuai untuk menggunakan baja biru di dusun buah-buahan. Pokok buah-buahan dewasa sedang berdaun tua dan akan berbunga tidak lama lagi.
Salam bertani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan