Selasa, 15 Mac 2016

Ayam Hutan 1

Salam menternak.


Beberapa bulan lalu, semasa bekerja di kebun"Warisan Petani", terjumpa beberapa biji telur ayam hutan di perdu pokok kelapa sawit. Di kebun kelapa sawit memang banyak ayam hutan kerana ayam hutan sekarang gemar memakan buah kelapa sawit yang telah gugur ke tanah. Malah ada ayam hutan yang singgah ke reban ayam kampung untuk mencari makanan dan bercampur dengan ayam yang dipelihara.

      Lima biji telur ayam hutan tersebut tidak boleh digoreng kerana telah dieramkan oleh ibunya. Malangnya ayam hutan yang mengeram akan meninggalkan terus telurnya jika telah terserempak dengan manusia. Jadi telur ayam hutan tersebut ditumpangkan kepada ibu ayam kampung untuk dieramkan sehingga menetas.


Lima biji telur ayam hutan.
Saiznya lebih kecil daripada telur ayam kampung.


Ibu ayam kampung mengeramkan telur
ayam hutan tersebut.


Menetas empat ekor anak ayam hutan.
Sebiji tembelang.


Anak ayam hutan sedang tidur.
Gambar diambil waktu malam.




Dipelihara oleh ibu tumpang.


Bulu pelepah (kepak) cepat tumbuh dan
sudah pandai terbang.


Empat ekor anak ayam hutan.
Dua jantan dan dua betina.




Berumur lima bulan.
Dua jantan dan satu betina.


Dua anak betina dara.


Salah seekor daripadanya.
Belum bertelur.


Dua beradik.


Bercampur dengan ayam kampung yang dipelihara.



Seekor bapa ayam hutan liar yang sering singgah
ke reban ayam peliharaan.



Ayam hutan yang dipelihara sejak kecil boleh menjadi jinak seperti ayam kampung. Walau bagaimana pun ia masih mampu terbang seperti ayam hutan liar dan agak sukar untuk didekati.

Salam menternak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan