Sabtu, 7 Mac 2020

Balut Buah Limau

Salam bertani

Wak ada menanam beberapa pokok limau bali sunkist di sekeliling rumah. Buah-buahnya sudah separuh umur dan perlu dibalut untuk mengelakkan serangan serangga perosak. Wak gunakan pembalut buah epal yang biasa dijual oleh peniaga buah-buahan.


Keadaan buah limau bali sunkist yang dibalut.


Pokok ini menghasilkan lebih 20 biji buah


Buahnya ada yang hampir matang


Bahagian pucuknya lebat berbunga


Pokok ini ada 11 biji buah 


Ada 7 biji buah yang sudah dibalut


Menunggu masa untuk matang


Juga 7 biji buahnya.


Buahnya masih muda dan belum dibalut.

Salam bertani.

Ahad, 23 Februari 2020

22022020 : Hanya Tinggal Jenazahnya Saja.

Salam bertani


Anak durian  duri hitam (D200) berumur tiga tahun
hidup subur di hujung dusun WP


14.12.2019 - Ditenggelami air banjir selama beberapa hari
akibat hujan lebat yang berterusan dan air tasik dilepaskan.


23.12.2019 - Keadaan pokok durian selepas banjir.
Daun2 mula berguguran.


22.02.2020 - Hanya jenazahnya saja yang tinggal.


Patah tumbuh, mati berganti.

Salam bertani.