Salam bertani
Selain tanaman pokok durian, di dusun wak terdapat juga banyak pokok pulasan dewasa yang sudah berumur lebih daripada 20 tahun. Sebahagian pokok pulasan wak dah tebang dan digantikan dengan tanaman anak pokok durian klon. Pada masa dahulu buah pulasan sangat mahal harganya kerana bekalan yang kurang hingga mencecah RM10 sekg. Sejak akhir-akhir ini buah pulasan semakin murah sehingga sama harga dengan buah rambutan. Wak pernah menjual buah pulasan RM1 sekg di pasar tani beberapa tahun yang lepas.
Wak hanya simpan lebih kurang 20 pokok pulasan sahaja selepas yang lain-lainnya ditebang. Selepas dipangkas pada dua tahu lepas, sebahagian pokok-pokok pulasan tersebut sedang berbuah lebat. Dijangkakan sebulan lagi baharulah buah pulasan akan mula matang bersaingan dengan musim buah rambutan dan manggis.
Wowwww meriah la nnt buah2 bila da masak... Adoi br tgk dh rs kemanisan pulasan kat tekak ni ha 😅
BalasPadammesti cantik bila dah kaler merah gelap..sedapnya!
BalasPadamWah ..banyak berbuah tu
BalasPadamWah. Tak pernah nampak lagi depan-depan pokok pulasan ni. 😲
BalasPadamAlhamdulillah..berbuah dgn begitu lebat sekali
BalasPadamLebatnya...Menjadi betul buah-buahan tanaman wak.Yang pasti bukan sedikit juga keringat & wang ringgit yang dilaburkan.Semoga melimpah rezeki wak
BalasPadamlebatnya pulasan meriah buah2an dusun alhamdulillah rezki bertani
BalasPadamsusah nak jumpa buah pulasan di pasar2 tani di kelantan skrg.
BalasPadammasyaallah banyaknyaaa...puas makan
BalasPadamAlhamdulillah...banyak buahnya. Rezeki.
BalasPadamCantiknya tu nanti Wak kalau buah pulasan sudah masak. Warna merah maroon di celah-celah daun hijau!
BalasPadamuncle lagi suka pulasan dari rambutan...
BalasPadamSuka tengok buah pulasan masak kat dahan-dahannya. Warnanya tu menawan.
BalasPadamSuka warna buah pulasan masak, cantik! Nak buka kulitnya pun ada teknikkan Wak, kena pusing (pulas) sikit :D
BalasPadamSedapnyaaa.. nie x lama dah nie nak merah.... 🤩🤩
BalasPadamwah manis-manis nampaknya tu WP
BalasPadamwahh uenak e mangan buah pulasan., fresh dan segar dari ladang., kat warung buahan tepi jalanan tu selalu byk dh rusak buah
BalasPadamLama dah tak dapat makan pulasan, tak jumpa pula di sini
BalasPadammenjadi lebat buahnya
BalasPadamsedappp pulasan feberettt
Suka tengok tanaman, hijau subur..aaaa rindu nak makan manggis
BalasPadamSeronoknya tengok buah pulasan dalam bakul tu. Pokok pulasan di rumah ni dah berapa tahun tak berbuah.
BalasPadamUiii dah masuk musim buah ni yaaaa.. sana sini buah dahhhh
BalasPadamWahh byknyeee..pos sikit wak ^_^
BalasPadamdulu igtkan pulasan ni sama dgn buah rambutan hehe
BalasPadamalhamdulillah..meriah sungguh pulasannya..
BalasPadamTunggu jadi merah boleh makan.. sedapnya
BalasPadamwak banyaknya pokok pulasan sampai 20 pokok....wah besar tu wak dusunnya.
BalasPadamYe wak. Buah pulasan dah jarang jumpa dan mahal harganya. Okay sangat wak masih ada pokoknya. Lebat buah pulasan wak.
BalasPadamSedapnyaaaa.....susah nak jumpa..kalau banyak memang banyak kat pasar tani..tapi harganya boleh tahan la kan
BalasPadam