Khamis, 24 Jun 2021

Diari Manggis PKP 3.0

 Salam bertani

Selain pokok-pokok durian, pulasan dan rambutan, wak juga menanan pokok manggis di dusun WP. Pokok-pokok manggis  di dusun wak sudah berumur lebih 30 tahun tetapi masih tetap mengeluarkan hasil. Benih asalnya wak beli di Pusat Pertanian Ajil, Hulu Terengganu semasa wak bekerja di Terengganu dahulu. Sejak wak tidak lagi berniaga di pasar tani, hasil manggis jarang-jarang wak jual. Cuma tuai sikit-sikit untuk kegunaan sendiri sahaja.

Menuai buah manggis agak rumit sebab kena petik satu-satu. Buah matangnya tidak boleh jatuh ke tanah kerana isinya mudah rosak. Biasanya wak petik buah yang rendah-rendah sahaja.



Buah manggis PKP 3.0
Ada yang sudah mula matang dan hampir matang 


Gambar close-up sebiji buah manggis muda


Sepohon manggsi yang rimbun dan rendang di dusun WP


Sepohon lagi sedang lebat berbuah
Buah-buah manggis tidak kelihatan kerana terlindung daun



Tiga pohon manggsis
Sepohon manggis sekah dahannya kerana buah yang terlalu lebat


Gambar buah manggis muda dirakam daripada bawah kanopi pokok


Ada buah manggis yang sudah hampir matang
2 - 3 minggu lagi musimlah


Buah manggis matang yang tidak dituai akan gugur sendiri
Buah manggis matang amat digemari oleh monyet dan tupai


Isi buah manggis matang PKP 3.0
Putih. manis bersari.


Tuaian manggis matang pada musim yang lepas

Salam bertani.

33 ulasan:

  1. Macam-macam ada dekat kebun WP :)

    BalasPadam
  2. Banyaknya tanaman di dusun Wak..Saya suka manggis yang hampir masak & isinya masih rangup...sedapnya

    BalasPadam
  3. Sedapnya...saya suka yg kulitnya nasih merah..masih pejal isinya

    BalasPadam
  4. Pokok manggis kat rumah As pun rendang ke bawah. Boleh kutip buah macam tu jer...Seronok...

    BalasPadam
  5. manggis yg hitam rasanya manis kata org daun manggis yg gugur ubat sakit darah tinggi mujarab wallahuaklam

    BalasPadam
  6. mak oi..rendangnya pokok manggis wak

    BalasPadam
  7. Rendangnya pokok manggis wak.Tak payah panjat. Hulur tangan je dah dapat petik buah manggis.

    Bestnya dapat makan manggis bawah pokok :)

    BalasPadam
  8. Huhuhu..
    Sedapnya buah manggis..
    Dulu rumah dikampung dikelilingi pokok manggis..
    Yg suka bila manggis berbuah..
    Yg tak suka bila kena sapu sampah daun manggis yg gugur..
    Skrg tinggal sebatang pokok manggis yg berusia 30 Tahun lebih juga..
    Buah berebut dgn monyet kata adik yg tinggal dikampung..

    BalasPadam
  9. sedapnya manggis..belum nampak org jual manggis lagi..

    BalasPadam
  10. buah yg sy suka sbb x makan durian. biasanya dua buah ini yg byk di dusun atuk selain duku...

    BalasPadam
  11. Buah manggis amat digemari oleh monyet, tupai dan juga uncle... hehehehe.....

    BalasPadam
  12. Sudah lama tak berkunjung kesini.. Wak saya baru sekali ini melihat buah manggis yang masih muda, biasanya hanya lihat di pasar yang sudah siap makan.. sedap lagi manisnya.. hmmm

    BalasPadam
  13. Suka makan buah manggis. Tapi setakat ni tak nampak lagi pokok manggis kat kawasan rumah ni.

    BalasPadam
  14. Kecur tengok isi mmanggis! Sedapnya dibuat sambal belacan manggis!

    BalasPadam
  15. Sedappppnyaaa, dah lama takk makan buah manggissss.

    BalasPadam
  16. Cantik-cantik buahnya. Alhamdulillah. Rezeki.

    BalasPadam
  17. Wah sedapnya buah manggis tu. Boleh rasa sikit tak.

    BalasPadam
  18. Rendang betul pokok manggis tu... Yang dekat rumah ada sepohon.. tinggi betul.

    BalasPadam
  19. rendang pokok manggis wak. macam ni senang nak panjat tak payah kait yang atas tu. Sedap buah manggis manis.

    BalasPadam
  20. Sedapnya manggis..tapi SA x leh makan banyak..batuk

    BalasPadam
  21. Wahhh bestnya manggis. Tempat kita takda lagi ni

    BalasPadam
  22. masyallah bestnya ada kebun manggis....teringat kampung, rindu kampung ...manggis mesti dah nak masak mcm warisan petani punya...

    BalasPadam
  23. Patut mak mertua saya dulu siap panjat pokok manggis lagi, bila musim, nak bagi anak cucu makan. Sekarang dia dah uzur dah. Pokok manggis pun dah ditebang.

    BalasPadam
  24. cantiknya buah manggis tu. teringat zaman budak-budak dikampung, jika musimnya, memanjat pokok manggis. tapi pokoknya besar tinggi...

    BalasPadam
  25. merimbun..bestnya kampung wak

    BalasPadam
  26. Jenuhlah nak memetik buah dahle tinggi pokoknya. Tapi manggis sedap sekali.

    BalasPadam
  27. tkde nmpk lg org jual manggis....kalau dpt buah yg besar sedp btul mkn

    BalasPadam
  28. Buah Kegemaran wooo.. kat sini blom ada yg jual... teringinnya lahaiii

    BalasPadam
  29. manggis! lama jugak xmakan nii.

    BalasPadam
  30. Lama tak makan manggis. Tak jumpa org yg jual buah elok banyak yg busuk

    BalasPadam