Sabtu, 19 Jun 2021

Buah Abiu

 Ada sepohon abiu yang wak tanam di hadapan rumah sejak dua tahun yang lalu sudah dua kali berbuah. Buah kali ini hanya lekat 6 biji sahaja walau pun bunganya sangat lebat. Mungkin disebabkan faktor cuaca  yang tidak menentu semasa awal pembungaannya dulu. Buah-buah abiu tersebut sudah matang dan wak sudah pun menuainya 3 biji. Sekarang pokok abiu tersebut sedang berbunga lagi.


Wak tuai 3 biji buah abiu yang sudah matang


Inilah pokok abiu yang wak tanam di depan rumah
Kelihatan beberapa biji buah yang yang menguning


Buah abiu muda berwarna hijau


Apabila matang bertukar warna kuning terang


Saiznya sebesar genggaman orang dewasa


Buah abiu matang yang dibelah dua
Ada satu biji benih di dalamnya


Rasanya manis dan lembut seakan-akan jeli kelapa


Sedang berbunga lagi.
Harap2 kali ini lebat menjadi




Salam bertani



24 ulasan:

  1. Antara buah yang teringin nak rasa tapi belum jumpa orang jual kat sini..
    Satu lagi buah yang teringin nak rasa iaitu buat matoa..

    BalasPadam
  2. Tak pernah tahu pulak ada buah ni..

    BalasPadam
  3. Rasa macam jeli kelapa? Menarik!

    BalasPadam
  4. Kami selalu beli buah ni di Kundasang. Buat jus tambah jus limau nipis.Oooo namanya abiu. Mungkin saya salah dengar, penjual kata buah habiu.

    BalasPadam
  5. Biasa dok baca kwn2 blog dok ckp pasal buah ni tp tak pernah jumpa lagi..

    BalasPadam
  6. baru tahu tntg buah ni mesti sedap rasanya

    BalasPadam
  7. PKP ni banyak pulak buah yang tak pernah jumpa, hihi

    BalasPadam
  8. Pernah dengar tapi tak pernah tengok dan makan buah ni wak.

    BalasPadam
  9. Ini pertama kali saya tengok buah abiu, wak. Mudah-mudahan banyaklah buahnya kali ni.

    BalasPadam
  10. Pertama kali tau buah ni Wak.. bunyi macam lebiuu hahahaha

    BalasPadam
  11. Rasa macam jelly kelapa mesti sedapppp!

    BalasPadam
  12. 1st time dengar wak...mcm buah kundag

    BalasPadam
  13. nampak rasanya asam ke tu atau manis?

    BalasPadam
  14. Saya punya sudah 10 tahun umurnya masih belum berbuah.

    BalasPadam
  15. buah apa ni WP? tak pernah dengar

    BalasPadam
  16. ohhh da masak buahnya! unik jugak ek isi dia tu..

    BalasPadam
  17. Serous ni first time mama tgk buah ni

    BalasPadam
  18. Buah abiu macam tu rupanya. Pernah dengar tak pernah rasa

    BalasPadam
  19. Cantik buahnya. Tak pernah makan. kat blog ni wak ni baru tahu tentang buah abiu.

    BalasPadam
  20. Tak pernah makan lagi buah ni...wah biji dia tu simpan la...boleh jual...kalau Pak Zain nampak ni mesti dia nak beli biji bleh buat tanam...

    BalasPadam
  21. Br tau buah abiu ni.. kalau rs jelly kelapa mst sedap

    BalasPadam