Salam bertani
Alhamdulillah musim durian dah tiba. Buah durian di dusun WP juga sudah mula matang dan gugur. Kebanyakan pokok durian dewasa di dusun WP adalah baka kampung yang wak tanam kira-kira 40 tahun dahulu. Ada juga beberapa pokok durian klon seperti durian D2, durian IOI, durian kim hong dan durian tembaga. Pokok durian muda seperti durian musang king dan duri hitam ada yang sudah mula berbunga tetapi buahnya tidak menjadi.
Walau pun masa PKP, wak tiada masalah untuk memasarkan buah durian kerana tempahan yang tak putus-putus daripada kawan-kawan dan masyarakat sekeliling.
Tuaian pada pagi tadi
Durian kampung dan durian klon
Buah durian banyak gugur pada waktu malam
Buah durian menunggu masa untuk gugur
Buah durian kampung
Luruhan sepokok
Buah durian yang gugur sebelum dikutip
Buah durian D2 ditebuk tupai
Kalau masuk perangkap memang takde ampunlah
Kutipan sepagi sebelum dibersihkan
Kutipan pada sebelah petang tadi
Ni isi durian klon tembaga
Ni isi durian kampung
COD kepada pelanggan
Bunga kantan merah tu FOC
Cerita pasal durian pun dia nak nyebuk
Gaya kurang sopan pulak tu.
Salam bertani.
Seronok bila ada pokok sendiri dan Belum sempat tuk membeli
BalasPadamWak..allahu..teringinnya..nk mkn duyannn
BalasPadamseronoknya ada dusun macam ni.boleh tahu dusun WP dekat mana?mana tahu boleh terjah kalau dah boleh rentas daerah & negeri.hi2
BalasPadamalamakkk dah masuk perangkappp
BalasPadamBest tengok durian berbuah elok je kat pokok.
BalasPadamAlhamdulillah rezeki boleh cod kat kak 100 rm..kak kat serendah xjauh nanti kak emel alamat ya
BalasPadamAlhamdulillah.. Rezeki. Seronok kalau ada kebun durian sendiri..
BalasPadamAlhamdulillah rezeki
BalasPadammeriah duriannya..puas la mkn
BalasPadamBestnya durian fresh gitu wak...kat sini dana belum jumpa lagi kalau ada pun harga nya mahal sangat sekilo nak beli sebiji 2 pun rasa serba salah
BalasPadammasya Allah...nak beli jugak wak! mai la ke Pulai! pleaseee pleaseeeee...haha!
BalasPadamalhamdulillah, rezeki org bertani dan berniaga memang lain macam kan WP..Syukur! baru-baru ni encik suami ada order online dan mintak delivery durian IOI, sayangnya peniaga tak jujur..dihantarnya durian yang dah masam dan berair..sedih jugak..bukan rezeki kami..lepas ni memangs erik nak order camtu, pilih sendiri baru puas hati..
BalasPadamsedapnya..banyak jenis..
BalasPadamrezeki berbuah lebat pokok pokok durian wak ye...
BalasPadamrindu betul zaman2 nak kutip buah durian gugur waktu malam...
Huhu doyan sedapnya
BalasPadamCantik-cantik duriannya. Kawan saya sakit athma darik kecik. Ayah dia gorengkan hati tupai. Katanya selepas itu sakitnya pun hilang.Wallahua'lam,
BalasPadamWah,excited nya dapat tengok pic durian yang berguguran dibawah pokok.
BalasPadamSedih pula muka tupai tu..sepandai-pandai tupai melompat...akhirnya ...
fuh kaya WP kaya =)
BalasPadamAlhamdulillah rezeki wakkk. Segar segar isinyaaaa. Wak tolong picitkan perut si bulu bulu tu hahaha gerammm betull dengan kucing tu
BalasPadamAlhamdulillah rezeki wakmusim pkp ni. Wak jual kat mana. Lokasi jualan kat mana. Kalau dekat boleh terjah
BalasPadamBanyak jenis durian wak tanam. Hasilnya pun bagus. Rezeki boleh rasa macam macam jenis durian fresh from kebun. Boleh buat tambah pendapatan juga hasil berbudi pada tanah. Alhamdulillah.
BalasPadamYa allah...terliur nyer..kalau boleh merentas negeri lama dah pi kebun wak and beli kat wak je...mahal pun takpe...
BalasPadamJelesnya sana dh musim durian.. sini durian mahal je ada.. yg musang king, ioi.. yg local belom lg muncul
BalasPadamterliur tgk semua durian tu wak
BalasPadam