Jumaat, 11 Jun 2021

Cuci Parit di Dusun

 Salam bertani

Sekarang ni setiap hari hujan turun. Lebat pulak tu. Air parit di dusun pun hampir penuh. Jadi pada pagi ini, selepas mengutip buah durian, wak memulakan projek mencuci parit. Parit dah dipenuhi rumpair menyebabkan aliran airnya tak lancar. Wak gunakan cangkul batang panjang aje untuk menarik rumput dari dalam parit tersebut. Alhamdulillah, menjelang tengah hari siaplah projek tersebut.


Selesai kerja mencuci parit di dusun
Air parit hampir penuh kerana hujan turun setiap hari


Keadaan parit sebelum dicuci
Dipenuhi rumpair yang mengganggu aliran air


Wak gunakan cangkul batang panjang untuk menarik rumpair ke atas tebing




Buat sebelah tebing dulu
Lepas tu sebelah yang lagi satu


Penat juga kerja cuci parit ni
Dengan badan basah kuyup sekali


Kedaan parit pada sebelah petang
Air semakin surut dan jernih


Keadaan parit  di bahagian hulu
Wak kawal rumpair dengan menyembur racun rumpair sahaja.


Salam bertani.


18 ulasan:

  1. kalau tak buat pembersihan ni mau..banjir kebun wak kan..

    BalasPadam
  2. nampak cantik bila dah dibersihkan..

    BalasPadam
  3. Rajin wak . Ok lah tue at least boleh isi masa lapang . Kalau tak bersihkan pun takut nanti salirannya tersumbat

    BalasPadam
  4. Dapat tengok parit ni pun dah cukup bahagia.Dengan titinya...Mengubat rindu kampung halaman.Wak,nanti up pic buah-buah durian yang berguguran bawah pokok.Nak tumpang seronok tengok..Semoga Allah limpahkan rezeki hasil pertanian Wak.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah tiasa sht sjhtra utk manfaaatkan tenaga yg ada sebaiknya

    BalasPadam
  6. Dulu paling suka ikut aewah nenek pergi bersihkan parit kecil kat kebun macam ni. Sebab nak main air dan main pancing-pancing ikan. Anggap daun tu ikan..pancingnya guna lidi je.

    BalasPadam
  7. Bersenam juga tu, wak. Keluar peluh banyak.

    BalasPadam
  8. Bersenam di waktu pagi. Hasilnya nampak memuaskan

    BalasPadam
  9. Rajinn wakk, tapi tak apa, dikira bersenam jugakk hehehe.
    Bila dah bersih, baru puas hati kan wakk

    BalasPadam
  10. babkerja macam ni pak zain suka la ni...walau umur dah 67 tapi masih gagah dia kalau berkebun...

    BalasPadam
  11. Pakai jentolak senang wak.. hehe

    BalasPadam
  12. Wowm. ada racun rumpai air ek.. aduh.. memang bandar betul saya ni.. x tahu menahuuuuuu.. Kuang3

    BalasPadam
  13. luas tanah wak..macam2 bole tanam kan

    BalasPadam
  14. wah memang kuat lagi ni wak mencangkul parit. Tabik spring2 ni wak. Kalau dalam paritnya boleh kecebur main air hehehe

    BalasPadam
  15. Banyak sikit airnya bila dah dibersihkan. Bagus wak buat kerja kebun, badan sihat keluar peluh.

    BalasPadam