Sabtu, 2 Januari 2021

Rezeki Tahun Baharu

 Salam bertani.

Semalam wak membidani si Tompok yang beranak sulung semasa hujan lebat. Tompok melahirkan anak jantan yang besar dan sihat. Hari ini pun seharian hujan, harap-harap anak si Tompok akan bertahan dalam suasana kesejukan yang berpanjangan.


si Tompok selamat melahirkan anak sulung semalam.
Hujan berterusan dah dua hari.
Air sungai dah melimpahi tebing.


Budak jantan yang comel dan sihat ini
lahir pada 01.01.2021


Basah kuyup dan kesejukan.
Harap-harap dapat bertahan.


Ada tanda tompok putih di kepala seperti ibunya juga.


Gambar si Tompok pada bulan November tahun lepas.
Masa ni bunting 8 bulan.
Lembu bunting 9.2 bulan sebelum melahirkan anak.

Salam bertani.

25 ulasan:

  1. Comelnya tompok. Jarang nampak anak lembu yang comel dan sihat macam tompok.

    BalasPadam
  2. Anak tahun baru.
    Oh lebih kurang macam manusia tempoh mengandung.

    BalasPadam
  3. wow comelnya anak tompok Alhamdulillah rezki tahun baru wp

    BalasPadam
  4. tahniah wak.. dpt cucu baru di tahun baru.. permulaan yg baik :)

    BalasPadam
  5. Wah lahir tahun baru...
    Kesiannya hujan masih berterusan lagi ni.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, rezeki tahun baru..

    BalasPadam
  7. endi bapak e so tompok kuwi.,

    tahniah wakk., ;p

    BalasPadam
  8. comelnya anak tompok, moga sihat membesar

    BalasPadam
  9. wah... rezeki tambah bilangan ahli awal tahun... syukur

    BalasPadam
  10. alhamdulillah
    comel kan anak lembu
    terinagat zaman kanak2 time arwah ayah bela lembu
    ptg2 je kena pegi tgk lembu

    BalasPadam
  11. Wah...alhamdulilah!
    Comelnya anak Tompok, pandai pilih tarikh cantik ya..:D

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah, bertambah lagi rezeki wak ye :)

    BalasPadam
  13. waaa nak letak nama apa anak Tompok ni wak? moga sihat sentiasa hendaknya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum bagi nama lagi SS
      Tengah fikir2 nama yang sesuai

      Padam
  14. Ini kalau anak si tompok ni dapat kat anak buah SA habis la...memang di kerjakannya

    BalasPadam
  15. Baby tahun baru macam mama. Nampak sihat anak lembu tu dah ada nama me

    BalasPadam