Ahad, 17 Januari 2021

Siti Melahirkan Anak Kedua

 Salam bertani

Minggu ini cucu wak di tepi sungai bertambah seekor lagi apabila Siti melahirkan anaknya. Anak Siti yang kedua ini betina. Bolehlah berkawan dengan anak si Tompok yang lahir pada hari pertama tahun ini. Jarak umur mereka 15 hari sahaja.


Si Siti melahirkan anak betina beberapa hari yang lepas.


Siti dan anaknya


Anak Siti sudah diberikan rantai leher


Semoga sihat dan cepat membesar 


Siti sebelum melahrkan anak.
Tanduk Siti panjang macam tanduk kerbau.

Salam bertani.

29 ulasan:

  1. Tahniah Wak dapat cucu baru. Bila nak muputi?

    BalasPadam
  2. Tahniah Siti dapat anak.. semoga membesar dengan sihat dan cergas

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...
    Rezeki Wak melimpah ruah..
    Dulu zaman sekolah saya bela lembu juga lembu secara pawah. Kita bela lembu orang. Anak pertama dapat kat kita. Anak ke dua dapat kat tuan lembu. Begitulah seterusnya berselang seli.
    Tanduk lembu wak memang memarik

    BalasPadam
  4. Murah rezeki wak.. awal tahun dh dpt 2 ekor cucu.. alhamdulillah.. sapa nama anak siti ni wak?

    BalasPadam
  5. ku pikir..dato siti hahahaa ^_^

    Tahniah wak dapat cucu baru heheee :)

    BalasPadam
  6. ALHAMDULILLAH REZKI WP TAPI HAIRAN TENGOK SITI BERTANDUK PANJANG GITU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siti ni masih muda dalam 5 tahun umurnya.
      Tapi tanduknya dah panjang macam kerbau.

      Padam
  7. Kebetulan nama saya Siti dan saya tengah pregnant, cumanya masih belum beranak. Doakan saya selamat selalu ye :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga ibu dan baby kandungan sentiasa sihat dan selamat serta dipermudahkan urusan kelahirannya nanti.
      Aamiin.

      Padam
  8. Comey2la cucu wak tu, dah nampak kesadoannya walaupun masih kecil
    Itu baka lembu dari mana tu wak, besar dan panjang tanduknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siti ni emak bapaknya baka Brahman.
      memang lebih besar dan tinggi berbanding baka tempatan tu.

      Padam
  9. Balasan
    1. jgn bubuh afiah dah le, wak :) ha ha ha ha...
      tapi ok je. nama yg baik.

      Padam
    2. Wak belum bagi nama lagi.
      Cucu wak pun namanya Afiah
      Wak cari nama lainlah

      Padam
  10. Tahniah wak dapat cucu baru lagi. Comel anak siti

    BalasPadam
  11. Alaaa cutenyaa anak Siti.. mesti susunya banyak tu ye Wak.. makan rumput segar ladang Wak...

    BalasPadam
  12. Saya takut tengok lembu yang tanduk panjang. Sebab dulu masa kecik, saya pernah lawan dengan kambing tanduk panjang, masa on the way pergi ngaji. Hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walau pun tanduknya panjang, tapi Siti ni tak garang.
      Manja dan jinak dengan wak.

      Padam