Khamis, 21 Januari 2021

Joe Biden

 Salam bertani

Wak bukan nak cerita tentang Joe Biden yang dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat  ke 46 pada hari ini. Sebenarnya wak nak beritahu ternakan wak tepi sungai bertambah seekor lagi pada hari ini. Si Sue melahirkan anak sulung jantan petang tadi. Ambil sempena tarikh perlantikan Presiden Amerika Syarikat, wak daftarkan nama anak Sue sebagai si Bidin. Panggilan jawanya Din sudah.


si Bidin lahir pada hari ini
Baru belajar berdiri.


Sejurus selepas dilahirkan


si Sue bersama anak sulungnya


Wajah hensem si Bidin


"Mana susu, dah haus ni"
Semoga sihat dan cepat membesar.

Salam bertani.




24 ulasan:

  1. Hi bidin..Selamat dtg ke dunia dgn norma baharu,untung awak xyah pakai facemask tau heheeee ^_^

    BalasPadam
  2. tercaiklah Bidin membawa sejarah presidenAmerika yg baru comelnya

    BalasPadam
  3. moga bidin yg sebenar tu seorg yg baik2 saje 😂

    BalasPadam
  4. Alolo comeynya bidin, jauh lagi comey dari bidin yg sebeno tu. Geramnya tengok muka dia yg comey tu wak

    BalasPadam
  5. Sue pulak beranak ye wak. Meriah lembu wak, comel bidin berbulu blonde. Anak siti gelap sikit haritu tapi tetap comel

    BalasPadam
  6. Aloh..bestnya. Bilalah boleh bela lembu pulak ni..

    BalasPadam
  7. namaaaaa diorg semua heehehe comel comel

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah. Tahniah wak. Bertambah rezeki ternakkan. Syukur. Hai Din.

    BalasPadam
  9. Hi, Bidin. Semoga membesar dengan sihat. :)

    BalasPadam
  10. Ingat Bidan tadi.. Rupanya Biden.. Akhirnya Bidin.. Hihihi

    BalasPadam
  11. Wah...wak dapat cucu lagi..ensem plak tu....

    BalasPadam
  12. Hai Din. Selamat datang ke dunia!

    BalasPadam
  13. Hai Bidin.. nama maknya sama dengan nama kita.. hahaha..

    BalasPadam