Selasa, 12 Januari 2021

Keledek Unggu

 Salam bertani

Wak ada menanam beberapa batas pokok keledek unggu untuk kegunaan sendiri. Minggu ini wak menuai beberapa pokok keledek unggu untuk dibawa balik oleh anak dan menantu yang pulang ke kampung. Pokok keledek unggu boleh dituai selepas lima bulan ditanam.

Selain buahnya, pucuk keledek unggu boleh dibuat sayuran seperti memasak pucuk manis atau pucuk labu. Daun dan buah keledek unggu mengandungi pelbagai bahan mineral yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan kita.


Buah keledek unggu yang dipotong dua.
Keseluruhan isinya berwarna unggu.


Pokok keledek unggu yang ditanam di batas.


Pucuk dan daun muda keledek unggu boleh dibuat sayuran.


Pokok kekedek unggu rajin berbunga.


Buah keledek unggu yang dituai.
Kulit buahnya berwarna kemerahan.


Kudapan petang ini.
Keledek unggu goreng dan
pisang nipah goreng.


Keledek unggu goreng.
Isinya empuk, tidak berserat dan manis.
Buah keledek unggu juga sesuai dijadikan kuih keria.

Salam bertani.

33 ulasan:

  1. biasa makan begitu saja, manis keledek ungu ni..sumber karbo yg baik.

    BalasPadam
  2. Sedap keledek ungu ni. Teringat dulu pernah tanam kat kebun. Seronok masa menuai tu dapat makan keledek tanam sendiri.

    BalasPadam
  3. sedapnya pagi2 bersarapan dgn goreng keledek ungu mavles

    BalasPadam
  4. Sedapnya keledak ungu nie wak. Aritu pernah tanam keledek tapi tak menjadi..xde isi hehehe

    BalasPadam
  5. sedapnya wak, keledek ungu ni isi nya lembut lain dari keledek putih dan oren kan bagi dana la.

    BalasPadam
  6. sedap tu keledek ungu tp biasa mkn keledek oren tu

    BalasPadam
  7. keledek goreng, nampak sedap.. tapi tak pernah rasa lagi yg ungu ni

    BalasPadam
  8. Segarnya. Mesti manis ubinya sebab baru dituai.

    BalasPadam
  9. wahhh best nyaaa dulu ms kecij2 sy ckp heran dgn keledek ungu dan oren. sy rs pelik nau2 sbb sblm tu asik kumpa yg putih je��

    BalasPadam
  10. Walaupun keledek ungu tu nampak segar & sedap tapi saya nak tanya teh hijau tu brand apa yer. Nampak warna hijaunya memarik...

    BalasPadam
  11. sedapnya pucuk keledek tu dimasak lemak, makan sama sambal belacan. Lepas tu goreng keledek pulak utk kudapan petang

    BalasPadam
  12. Sedapnya. Musim hujan ni rebus makan hangat-hangat.

    BalasPadam
  13. Mrs. A pun suka keledek unggu husband selalu gak beli. Suka makan stail rebus

    BalasPadam
  14. Keledek ungu ni lebih mahal daripada yang biasa kalau kat tempat saya. Jarang-jarang ketemu.

    BalasPadam
  15. Mak saya pesan kalau rebus keledek ungu, simpan airnya, boleh buat pewarna kuih atau makanan.

    BalasPadam
  16. Balasan
    1. Tu keledek unggu goreng garing sebab potong tipis2.

      Padam
  17. mmg banyak khasiat keledek ungu ni.

    BalasPadam
  18. Saya suka keledek ungu ini. Kebiasaannya, saya akan masak di dalam oven. Gaulkan dengan seidikit minyak zaitun. Sedap! manis dia lain macam. Minum pula dengan KOPI O tanpa gula. Enak bangat!

    BalasPadam
  19. keledek ni banyak kat cameron wak.

    diorang jual rebus.

    buat kuih keria pun mantap...

    BalasPadam
  20. buat bubuq pengat pon sodap tu..umm

    BalasPadam
  21. Jiran saya ada tanam, bila dia tuai, kami pun dpt merasa, sbb suami selalu bagi baja kat dia, hihi..cuma isinya tak berapa manis, tak taulah kenapa.
    Kalau manis rebus mkn cicah dgn kelapa pun sedap kan wak

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum. Wah sedapnya keledek unggu, goreng tepung.. SS suka.... tapi skrang payah sgt dah nak jumpa.. .

    BalasPadam
  23. Saya pernah baca, buah yang warna ungu, banyak khasiatnya. Nampak sedap, keledek ungu goreng.

    BalasPadam
  24. Minum petang makan keledek goreng memang best!
    Saya suka makan kuih keria keledek ungu.

    BalasPadam
  25. eh eh kalo buat keria mesti cantik kaler dia kan...unik pepel gituuu

    BalasPadam
  26. seronoknya tengok hasil tuaian tu. Keledek ungu ni sedap dan manis.

    BalasPadam
  27. keledek ungu ni sedap dibuat kuih koleh... daun ubi keledek ni sedap dicicah budu.

    BalasPadam
  28. gebunya isi keledek...geram tengok

    BalasPadam