Selasa, 5 Januari 2021

Padang Ragut Banjir

 Salam bertani

Menjelang hari pertama awal tahun, tempat wak dilimpahi rahmat  hujan turun mencurah-curah sehingga beberapa hari. Akibatnya banyak kawasan rendah di JDT ini yang dilanda banjir termasuklah kawasan padang ragut tempat wak menternak lembu. Alhamdulillah, air sungai hanya melimpahi tebing dan masih ada kawasan benteng sungai yang tinggi tempat ternakan meragut makanan.


Air sungai naik melimpahi tebing.
Sebahagian kawasan ragut digenangi air.


ternakan lembu meragut rumput di kawasan
benteng sungai yang lebih tinggi.


Dua ekor lembu di seberang sungai.


Air sungai melimpahi kawasan kebun sawit wak.


Jalan masuk ke padang ragut digenangi air.


Anak-anak lembu sedang meragut rumput


Keadaan sungai pada hari ini selepas dua hari
tiada hujan.
Air sudah surut lebih semeter.


Keadaan rumput di padang ragut selepas air surut.

Salam bertani.

24 ulasan:

  1. Semoga selamat semua lembunya wak

    BalasPadam
  2. Air juga umpama api. Sangat diperlukan tapi bila berlebihan jafi ancaman

    BalasPadam
  3. Allahu..tak boleh bayang kalo airnya lagi tinggi dari tu...moga Allah jaga wak sekeluarga dan segala peliharaan..ameen..

    wak, nanti tinggalkan alamat dan no telefon kat link ni ya: https://www.sunahsukasakura.com/2021/01/top-10-commentators-2020-blog-sunah.html

    BalasPadam
  4. nsbla masih ada lagi ruang yang tak di tenggelami air ye wak, kalau tidak payah jugak... nsibla dah mula surut, harapnya teruslah surut mana-mana tempat yang kene banjr tu... kesian kan wak

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah selamat semuanya rumah kak kat phg pun diserbu banjir tah bila dpt balik bersihkannya

    BalasPadam
  6. AlhamdulilLah Wak, Banjir kali ni teruk juga Johor dan Pantai timur (beberapa kali dl setahun).

    BalasPadam
  7. wak, semoga banjir ni cepat surut dan tak banjir dah :(

    BalasPadam
  8. semoga keadaan pulih seperti biasa..

    BalasPadam
  9. Kalau banjir lebih tinggi kesian lembu wak, kat mana nak meragut ye. Alhamdulillah ada juga rezeki lembu2 tu.

    BalasPadam
  10. Nasib air tak tenggelamkan tebing, sian lembu-lembu tu tak dapat nak meragut.

    BalasPadam
  11. Semoga dipermudahkan segala urusan..

    Terima kasih kerana sudi singgah dan komen di blog ejulz. :)

    https://ejulz.blogspot.com/2021/01/senarai-pengomen-tegar-dis-2020.html

    BalasPadam
  12. semoga dipermudahkan urusan, teruk banjir kali ni harapnya semua nya baik2 sj...
    jemput dtg blog sy...done follow urs

    BalasPadam
  13. Semoga WP dilindungi dari bencana banjir.
    Pasti ada hikmah disebaliknya

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah kawasan wak tak dilanda banjir besar, saya terfikir juga di kawasan yang kena musibah banjir teruk ni apalah nasib haiwan-haiwaan ternakan dan lain2 kan. Sayu hati rasanya

    BalasPadam
  15. Baru tnmpk org post d fb, kucing jd mangsa banjir. sedih nyaaa 😭😭😭

    BalasPadam
  16. Ada tengok video kat instagram orang share.. binatang2 hanyut dibawa air banjir yang deras.. sedih tengok :(

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah air tak naik wak. Semoga tak berlaku banjir besar. Aaminnn

    BalasPadam
  18. Semoga dipermudahkan urusan Wak....

    BalasPadam
  19. Nasib baik air tak naik lagi tinggi ye, wak.

    BalasPadam
  20. Semoga urusan pakcik dipermudahkan hendaknya. Aamiin...

    BalasPadam
  21. Alhamdulillah masih ada tempat untuk lembu berdua tu meragut. Stay safe wak masa musim tengkujuh ni.

    BalasPadam
  22. Masih berlecak walaupun air dah surut

    BalasPadam