Isnin, 18 Mac 2019

Pokok Kaktus Berbunga.

Pokok kaktus cereus ni dah bertahun-tahun usianya, membesar di sudut halaman tanpa dihiraukan. Tak sangka pula pada musim panas kali ini ia mengeluarkan bunga. Agak banyak juga bunganya. Cuma bunga kaktus ni umurnya tak panjang. Hanya satu malam saja. Ia akan mengeluarkan kudup bunga beberapa hari, dan bunganya akan mekar bermula pada waktu malam (biasanya semasa bulan mengambang) dan beransur-ansur kuncup semula apabila terkena pancaran cahaya matahari pada waktu siang.

 Jom layan gambar-gambarnya yang dijepret awal pagi tadi.


Serumpun kaktus cereus yang sedang berbunga


Sebahagian bunganya sedang mekar dan sebahagian masih kudup bunga


Bunganya akan akan kuncup semula pada waktu siang.


Kudup bunga memerlukan masa beberapa hari untuk berkembang


Bunga kaktus yang sedang mekar


Jarang2 dapat melihat pokok kaktus ini berbunga.


Bunga mulai terlentuk ke bawah dan akan beransur2 kuncup pada waktu siang.


Entah bila pokok kaktus cereus ini akan berbunga lagi.
 Mungkin pada musim kemarau akan datang.

Salam bertani.

27 ulasan:

  1. Asalam WP..wow!! cantik pula kan bunga kaktus jenis ni..

    BalasPadam
  2. cantiknya bunga kaktus !! tapi tu lah.. saya beli kaktus di Cameron Highlands, niatnya bawa balik semoga berbunga.. hilang lah rindu kat Cameron Highlands.. tapi tak sempat berbunga, mati semuanya.. hee~ lepas tu dah malas nak membela pokok lagi..

    BalasPadam
  3. Kaktus ini berbunga mungkin disebabkan cuaca panas agaknya.. Sha ada juga tanam tapi tak berbunga lagi..

    BalasPadam
  4. Walau seketika tetapi mempersona bunganya. Susah nak tengok bunga pokok kaktus.

    BalasPadam
  5. Jarang jumpa kaktus berbunga. Cantik pulak Fiza tengok. 😊

    BalasPadam
  6. cantik tapi menyakitkan. hehe

    BalasPadam
  7. WAH CANTIK SGT BUNGANYA..POKOK KAKTUS NI YG RISAU TU DURINYA TAJAM SGT

    BalasPadam
  8. cantik!

    macam Bakawali, cuma kembang sekali je waktu malam. Pagi dah terkulai. Bakawali pun jenis kaktus juga kot, kalau tengok pokoknya.

    BalasPadam
  9. subhanallah.. cantiknya WP pertama kali kak ana lihat kaktus ni berbunga seindah ini .

    BalasPadam
  10. jarang dapat tengok kaktus berbunga di Malaysia ...

    BalasPadam
  11. Wow cantiknya bunga kaktus.. Boleh pula krmbang kuncup ye

    BalasPadam
  12. Cantik! Bunga kaktus ni akan jadi buah yang boleh dimakan tak? Macam dragon fruit tu ka? 😃

    BalasPadam
  13. Saya pernah lihat pokok kaktus berbunga di rumah kawan.. memang cantik dan besar pokoknya. Pasti mendapat sumber makanan yang baik :) Matahari, air, udara....

    BalasPadam
  14. jumpa pokok kaktus ni, kalau naik kat cameron je..penah la beli hat kecik2 kat sana..bawa turun ke sini..tak lama, terus out of service...

    BalasPadam
  15. masya Allah...cantik sangat bunganya! mungkin sebab cuaca panas sangat kan sekarang ni...

    BalasPadam
  16. memang tau pokok cactus ada bunga tapi jarang jumpa..cantik la bunga dia

    BalasPadam
  17. haha first time ni tengok kaktus ada bunga. selalu tengok bunga takde

    BalasPadam
  18. Pernah tengok kaktus besar ni berbunga tapi lama dululah.
    Wangi tak bau bunga tu

    BalasPadam
  19. Cantiknya bunga Kaktus nie.. Kak Sue memang minat pokok kaktus, nie tengah nak tanam balik kat rumah baru..

    BalasPadam
  20. numpang share ya min ^^
    Hayyy guys...
    sedang bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
    dari pada bosan hanya duduk sambil nonton tv sebaiknya segera bergabung dengan kami
    di DEWAPK agen terpercaya di add ya pin bb kami D87604A1 di tunggu lo ^_^

    BalasPadam
  21. Sya nak beli benih cactus nin sikit dari tuan bole ke ?
    0172592854 wasap

    BalasPadam
  22. Buah cactus ni boleh dimakan ke...sy ada menanamnya..berbunga cantik dan ada buah

    BalasPadam
  23. tanam more then 10 years baru berbunga...tak expect pun...

    BalasPadam
  24. Sy pun ada pokok cactus mcm ni... X pernah jaga sedar x sedar membesar dgn jayanyaa.. sekali berbunga dkt 100kuntum lebih.. memg cntik sgt♥️

    BalasPadam
  25. Sy beli pokok kaktus ni dah lebih dr 20 tahun...pagi tadi terkejut bila tengok dia berbunga...rasa mcm tak percaya sbb x pernah tengok dia berbunga mcm tu...cantik sgt²

    BalasPadam