Isnin, 4 Mac 2019

Belimbing Madu Bermusim Lagi

Salam bertani

Sepohon belimbing madu di kebun WP sedang sarat berbuah. Buahnya masih muda dan perlu dibuat penjarangan serta dibungkus. Untuk mendapatkan hasil yang berkualiti, buah belimbing madu perlu dibalut menggunakan kertas surat khabar atau plastik untuk mengelakkan serangan lalat buah. Sebahagian buah yang bersaiz kecil, bentuk yang tidak sekata atau terlalu rapat dalam satu tangkai perlu dibuang untuk mengelakkan persaingan.



Buah belimbing madu yang masih muda.
Perlu dibalut dan dibuat penjarangan untuk daptkan buah
matang yang berkualiti.


Inilah sepohon belimbing madu yang sedang sarat berbuah. 

Gambar-gambar buah belimbing madu.










Buah belimbing banyak khasiatnya dan sesuai dijadikan pencuci mulut sebelum/selepas makan. Ia mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan zat penting untuk kesihatah tubuh dan mampu memberi manfaat kecantikan dan kesihatan serta sesuai dijadikan makanan diet.

Salam bertani.

17 ulasan:

  1. Sedapnya.. Walaupun masih hijau dan memikat mata dan mulut.. hehehe..

    BalasPadam
  2. kalau nak tanam kat rumah taman kena cari yang bonsai

    BalasPadam
  3. Teringat sewaktu hayat bapa mertua masih ada. Rajin sungguh arwah menjarangkan buah dan bungkus belimbing madu. Ada dua pokok belimbing madu di sebelah rumahnya, tapi sekarang sudah tidak terjaga.

    BalasPadam
  4. Balik kampung nak carilah benih pokok belimbing madu ni nak suruh babah tanam.Lama tak makan belimbing.

    BalasPadam
  5. Orang kata baik untuk sakit darah tinggi.

    BalasPadam
  6. Lebat buahnya. Belimbing madu saya banyak kena serangan lalat buah. Balut pun masih kena.

    BalasPadam
  7. Yang hijau macam tu boleh tak nak makan cicah ngan kicap cili?

    BalasPadam
  8. Starfruit...memamg sedap..

    saya suka..dah berkecur air liur

    BalasPadam
  9. ya Allah...kecur air liur kita melihatnya...sedapnya makan cicah kicap bila da masak nanti

    BalasPadam
  10. Kalau msak ranum nanti mesti sedap

    BalasPadam
  11. lama x makan belimbing.. kalau cecah kicap gula pun sedap ni :)

    BalasPadam
  12. Wah belimbing. Dulu masa di kampung makan nyicah je belimbing ni. Kalau ada pendidikan seni. Belimbing jadi pilihan untuk buat cop sebab bentuk dia jadi bintang.

    BalasPadam
  13. Wow sihat berkilat belimbing tu

    BalasPadam
  14. Kena buat penjarangan; sayang juga buah buah yang terpaksa dibuang tu.

    BalasPadam
  15. numpang share ya min ^^
    Hayyy guys...
    sedang bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
    dari pada bosan hanya duduk sambil nonton tv sebaiknya segera bergabung dengan kami
    di DEWAPK agen terpercaya di add ya pin bb kami D87604A1 di tunggu lo ^_^

    BalasPadam
  16. Boleh saya datang lawat pokok tuan?

    BalasPadam