Ahad, 5 Februari 2017

Harga Getah Naik 2

Salam bertani.

Kebun getah tua WP sudah lebih kurang lima tahun tidak bertoreh. Ini disebabkan oleh harga getah yang sangat rendah pada masa lalu. WP hanya menoreh getah di kebun getah muda yang lebih produktif dan mudah diusahakan.

Bermula awal tahun 2017 ini harga getah telah mula meningkat dan kebanyakkan kebun getah di kampung-kampung dan ladang-ladang telah mula diusahakan. Pekebun-pekebun getah telah boleh menarik nafas lega kerana pulangan daripada kerja-kerja menoreh telah meningkat berlipat kali ganda.

Sejak dua minggu yang lepas, pokok getah tua di kebun WP telah mula ditoreh dan mengeluarkan hasil. Bukan WP yang menoreh tetapi telah diusahakan oleh seorang penduduk kampung yang telah biasa bekerja menoreh getah. Hasil getah yang dituai akan dibahagi sama rata perolehannya diantara tuan kebun dan penoreh getah tersebut. Syukur ke hadrat Allah di atas kurniaannya yang bertambah.


Pokok getah tua yang baru  ditoreh.
Susu getahnya tak muat secawan.


Inilah kebun getah tua WP. Tetap dijaga dan dibersihkan
walaupun selama ini tidak mengeluarkan hasil.


Kebun yang telah banyak berjasa kepada WP sekeluarga.


Mula ditoreh semula setelah sekian lama tidak
mengeluarkan hasil.


Baru dua minggu ditoreh.


Hasil torehan seminggu


Gambar-gambar hasil torehan pagi ini
















Pokok getah sudah berumur lebih 30 tahun


Susu getah dibiarkan beku di dalam cawan dan dikeluarkan
pada hari penorehan berikutnya. 


Getah buku @ ojol akan dikutip seminggu sekali untuk dijual.

Di mana ada usaha, di situ ada hasil.
Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan