Isnin, 27 Februari 2017

Riwayat Pisang Tanduk Tepi Rumah.

Salam bertani.

Inilah riwayat hidup sepohon pisang tanduk yang WP tanam di tepi rumah. Kesemua gambar dalam entri ini diambil berperingkat-peringkat daripada pokok pisang tanduk ini mula ditanam sehinggalah ianya ditebang.



Buah pisang tanduk.


Benih pisang tanduk ditanam melalui sulur pedang.
Boleh juga ditanam anak benih melalui kultur tisu.


Anak benih pisang tanduk mula tumbuh.
Diberikan baja organik.



Anak pisang tanduk semakin membesar
Sekiranya cuaca panas, perlu penyiraman.


Perlu  baja asas NPK 15:15:15 untuk menggalakkan tumbesaran
dan menghijaukan daun.


Anak pokok sudah membesar.


Hidup subur di tepi rumah.
Perlu baja organik lagi.


Pokok yang kiri sekali.
Berjiran dengan pokok pisang raja udang dan pokok pisang awak.
Berikan baja campuran NPK 12:12:17  untuk menggalakkan pembungaan.


Mula berbunga apabila berumur 8 bulan.
Pokok pisang tanduk tidak berjantung.




Mengeluarkan 8 biji buah muda.


Perlu diberikan sokongan supaya tidak tumbang.
Sokongan perlu disangga pada tandan buah bukan batang pokok.
Berikan baja campuran NPK 12:12:21 untuk menggalakkan pembentukan buah.



Pokok pisang tanduk mula mengeluarkan sulur apabila
mula berbuah.


Buah pisang tanduk semakin membesar.
Buah pisang tanduk lebih bermutu sekiranya dibungkus.


Sulur pisang tanduk semakin banyak.
Jangan digali/diubah sulur pisang tanduk sebelum
induknya ditebang untuk mengelakan kerosakan akar pokok induk
dan mengelakkan tumbang.
Jangan takai/cantas sulur kerana ia boleh dijual sebagai anak benih
dengan harga RM2.00 - RM2.50 sepokok.


Pokok pisang tanduk boleh ditebang apabila kesemua daunnya kekuningan.


Buah sudah sesuai dituai.
Lebih kurang 3 bulan selepas berbunga.
Sekiranya lewat buah pisang tanduk mungkin pecah.



Pokok pisang tanduk telah ditebang. 
Mempunyai lebih 10 sulur yang boleh dijadian anak benih.
Sulur/anak pisang perlu diubah ke tapak lain sebagai bahan penanaman baru.
Jiran sebelahnya juga sudah berbuah.


Buah pisang tanduk yang baru dituai.


Mempunyai saiz yang besar sehingga satu kg sebiji.


Perbezaan saiz diantara buah pisang tanduk dan pisang helang/lang.

Hiduplah berbakti seperti pokok pisang, memberikan hasil kepada manusia walau pun ia terpaksa dikorbankan. Generasi barunya akan mengambil alih bakti tersebut berterusan.

Salam bertani.

4 ulasan:

  1. assalam tuan....berkenan tengok pisang tanduk tuan. nak beli anak benih melalui pos boleh ke? terima kasih.

    BalasPadam
  2. Wkmsalam tuan.
    Maaf tak dapat ditunaikan.

    BalasPadam
  3. Kalau anak sulur tak di alihkan boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh simpan sepokok untuk dia membesar. Yang lain perlu diubah sebagai anak benih ke tempat lain.
      Pilih sulur yang paling jauh daripada perdu induknya untuk dibiarkan membesar

      Padam