Ahad, 19 Februari 2017

Pokok Mahkota Dewa

         Ada beberapa pokok mahkota dewa yang hidup subur dan berbuah lebat ditanam di belakang rumah WP. Pokok mahkota dewa hanya setinggi satu meter dan boleh dicantas untuk mengawal ketingginanya. Ia sesuai ditanam di atas tanah atau pasu besar sebagai tanaman hiasan. Mula mengeluarkan bunga dan buah apabila setahun ditanam dan menghasilkan buah sepanjang tahun di batang dan ranting-rantingnya.

         Pokok mahkota dewa mudah dibiakkan melalui semaian biji benih matang dan boleh juga ditut. Ia cepat membesar dan jarang diserang perosak tanaman. Hasil utamanya ialah buah mahkota dewa matang walau pun kesemua bahagian pokok mahkota dewa mempunyai nilai perubatan.

         Buah mahkota dewa akan bertukar warna dariada hijau kepada meron apabila matang dan sesuai dituai. Buah yang dituai dibersihkan, diracik dan dikeringkan. Manakala biji buah mahkota dewa pula dikatakan beracun. Buah yang telah dikeringkan tadi biasanya direndam dengan air panas atau direbus dengan bahan herba lain mengikut kadar tertentu untuk mengawal dan menyembuhkan pelbagai penyakit.



Sepohon mahkota dewa yang sedang berbuah lebat.
Ada sebiji buahnya yang telah gugur.
Tinggi pokok lebih kurang satu meter.


Buah matang di batang pokok


Berbuah juga di setiap ranting/dahannya.


Bunga pokok mahkota dewa.


Daun pokok mahkota dewa


Setangkai buah yang muda dan hampir matang.



Sepohon lagi yang sedang berbuah lebat


Buahnya hampir matang



Anak-anak pokok mahkota dewa yang tumbuh sendiri 
melalui biji benih di bawah pokok induknya


Anak pokok mahkota dewa ini sudah berbunga dan berbuah.


Sepohon lagi pokok mahkota dewa yang subur
 dan telah berbunga dan berbuah.

        Diantara khasiat pokok mahkota dewa termasuklah mengandungi anti-oksida yang boleh melawan kanser, anti-bakteria dan anti-virus. Ia dikatakan boleh juga mengawak kolesterol, meneutralkan racun, mengurangkan kadar gula dalam darah dan menguatkan imun dalam tubuh. Buah mahkota dewa juga boleh mengurangkan tekanan darah tinggi, gout, masalah jantung dan pelbagai penyakit lagi. Walau bagaimana pun ia tidak sesuai digunakan oleh wanita mengandung atau semasa datang bulan. Waulahualam.

Salam bertani.

1 ulasan: