Sabtu, 18 Februari 2017

Anak Ayam Kampung 3

Salam bertani.

Ternakan ayam kampung WP bertambah lagi apabila beberapa ibu ayam yang mengeram serentak telah menetaskan telur-telurnya. Anak-anak ayam yang baharu menetas akan  akan dipelihara oleh ibunya selama dua minggu sebelum dipisahkan.



Beberapa ekor ibu ayam sedang mengeram serentak.


Anak-anak ayam yang baharu menetas berumur sehari.


Ibu yang lain.


Seekor anak ayam kampung yang comel


Ibu ayam dan anak-anaknya dikurung dalam rumah didik.


Anak-nak ayam mula dipisahkan daripada ibunya setelah berumur dua minggu.


Sekumpulan lagi.


Berumur dua minggu dan sudah mula tumbuh bulu pelepah.


Anak-anak ayam kampung dipindahkan ke dalam sangkar yang lebih besar.


Sudah berumur tiga minggu.


Anak ayam kampung dikumpulkan dalam satu sangkar.


Masa makan. Anak-anak ayam diberi makanan pemulaan dedak ayam 
dan jagung halus.


Sebahagian anak-anak ayam berumur hampir empat minggu.
Ada lima puluh ekor semuanya.
 Sesuai dituai menjelang Ramadhan dan Syawal nanti.


Salam bertani.
Catat Ulasan