Ahad, 6 November 2016

Pokok Timun Tikus 2

Salam bertani.

Pagi ni hujan renyai-renyai aje, nak ke kebun pun malas. Lagi pun ada tiga jemputan kahwin nak diredah nanti, jadi berehat-rehat ajelah di rumah. Teringat pulak nak layan sepokok timun tikus yang sedang lebat berbuah untuk entri kali ini.


Buah timun tikus. Sudah sesuai dituai dan enak dibuat ulaman.


Inilah pokok timun tikus yang ditanam di pagar rumah


Sudah mula berbuah.


Berbuah lebat.


Saiz buahnya sebesar hujung jari kelingking.


Rasanya seperti timun biasa.
Boleh dijadikan sayuran atau acar.


Bunga timun tikus.


Bentuk daun timun tikus.
Daun mudanya boleh dijadikan sayuran atau
digoreng celup tepung.


Hudup melilit pagar rumah.


Sedang galak berbuah.


Buah mudanya enak diratah.


Sebiji buah timun tikus yang cantik.


Buahnya berjuraian di pagar.



Bunga dan putik buah timun tikus



Sangat lebat berbuah.


Buah muda.


Perbezaan antara buah muda dan buah matang.


Buah matang yang mengandungi biji benih.
Biji benih boleh disemai menjadi anak pokok timun tikus.


Sepohon anak timun tikus yang baru ditanam.
Menggunakan sulur paut untuk memanjat.

Selain boleh dijadikan masakan dan ulaman. pokok timun tikus juga sesuai ditanam sebagai pokok hiasan pagar yang menyejukkan mata memandang. Yang pentingnya ia adalah tumbuhan herba yang mengandungi khasiat perubatan bagi pengidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan lain-lain.

Salam bertani.
Catat Ulasan