Selasa, 15 November 2016

Pokok Lantana aka Pokok Bunga Tahi Ayam.

Salam bertani.

WP memanggilnya bunga tahi ayam walau pun nama sebenarnya ialah pokok lantana camara. Ada sejenis lagi pokok bunga semusim juga dipanggil pokok bunga tahi ayam. Pokok bunga lantana  merupakan tumbuhan renek yang hidup liar dan rajin berbunga. Bunganya berwarna-warni dan mengeluarkan bau yang kurang enak sebab itu dipanggil bunga tahi ayam.

Terdapat beberapa perdu pokok lantana yang hidup secara meliar di padang ragut tempat WP menternak lembu.Pokok lantana liar ini rajin berbunga dan berbuah serta cepat merebak sebab ternakan lembu dan kambing tidak merosakkan atau memakan daun serta pokok lantana ini. Daunnya yang berbulu dan berasa kasar dikatakan beracun dan tidak dimakan oleh haiwan ternakan atau serangga perosak. Pokok ini sukar dihapuskan kerana mempunyai batang berkayu yang keras dan mudah mengeluarkan akar bila terletak di atas tanah. Buah matangnya juga mengandungi biji benih yang mudah tumbuh.


Bunga lantana yang cantik dan menarik mempunyai pelbagai warna.


Seperdu pokok lantana yang tumbuh di padang ragut.
Rajin berbunga dan berbuah.


Daun dan bunganya tidak digemari oleh serangga perosak
dan haiwan ternakan.


Mempunyai daun yang kasar dan berbulu.


Pelbagai peringkat pembungaan.


Bunga yang cantik dan boleh ditanam sebagai tanaman hiasan.


Mengeluarkan pelbagai warna bunga.


Bunga yang terdebunga akan menghasilkan buah.


Buah pokok lantana yang mengandungi biji benih.


Pokok bunga lantana camara yang ditanam sebagai tanaman hiasan.


Menghasilkan bunga yang menarik dan berwarna-warni.


Kuntum bunga lantana dan bunga yang sedang mekar.

Pokok bunga lantana atau tahi ayam ini juga dikatakan mengandungi nilai herba. Daunnya boleh digunakan sebagai bahan perawatan luka atau kudis, meredakan bengkak dan digunakan untuk mengurangkan sengal-sengal sendi dengan cara meramas dan menampalkannya pada bahagian yang sakit.
Waulahualam.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan