Khamis, 15 Oktober 2015

Tanaman Durian.

Salam bertani.

Durian merupakan tanaman utama di kebun "Warisan Petani". Sebahagiannya adalah pokok durian dewasa yang telah berumur lebih 20 tahun. Kebanyakan durian dewasa ini ditanam menggunakan biji benih dari baka durian kampung dan durian tembaga. Ada juga beberapa pokok durian klon yang dibekalkan oleh Jabatan Pertanian.









Gambar-gambar di atas adalah sebahagian daripada pokok-pokok durian dewasa yang berumur lebih 20 tahun.







Gambar-gambar pokok durian dewasa sedang berbuah pada musim buah-buahan yang lepas (Julai 2015).


Sebahagian daripada pokok durian dewasa yang kurang berkualiti telah ditebang dan digantikan dengan durian klon terdiri daripada baka musang king/raja kunyit, duri hitam/ochee dan 101. Proses ini dijalankan secara berperingkat-peringkat sejak 5 tahun lepas. Ada sebahagian daripada baka klon ini yang telah mula berbunga dan berbuah.





















Gambar-gambar sebahagian daripada tanaman durian klon dari jenis musang king, duri hitam dan 101.


Pokok durian musang king mula mengeluarkan bunga pada usia lima tahun.




Gambar-gambar bunga durian klon.




3 peringkat pembungaan.



Putik durian musang king. Ada yang berbunga berperingkat-peringkat pada satu pokok.









Sebahagian daripada hasil buah durian semasa musim buah-buahan yang lepas.


Buah durian musang king. Pokok baru pertama kali berbuah. Umurnya belum sampai 5 tahun.




Enak dan lazat.



Isi durian yang padat dan tebal.


 Menyelerakan.



Berkrim.


Isi durian kampung.


Durian merupakan raja buah yang perlu ada pada setiap dusun buah-buahan. Di kebun "Warisan Petani" terdapat pelbagai jenis dan rasa buah durian kampung apabila tiba musim buah-buahan. Beberapa tahun lagi dijangkakan durian-durian klon dari baka musang king, duri hitam dan 101 akan mula berbunga dan mengeluarkan hasil.

Berbudi pada tanah pasti mendapat ganjaran.
Salam bertani.

Catat Ulasan