Selasa, 6 Oktober 2015

Tanaman Cempedak.



Salam bertani.
Cempedak merupakan salah satu tanaman buah-buahan yang terdapat di kebun "Warisan Petani".
Kebanyakan cempedak yang terdapat di sini ditanam dengan menggunakan biji benih. Ada juga beberapa pokok cempedak klon.


1. Anak cempedak yang ditanam dari biji benih berusia setahun.



2. Pokok cempedak berumur 4 tahun. Pokok cempedak ini telah berbuah dan hasilnya telah dituai.



3. Putik cempedak sebelum dibalut.



4. Buah cempedak perlu dibalut untuk mengelakkan serangan lalat buah. Hanya tinggalkan satu biji sahaja bagi setiap tangkai. Gunakan surat khabar saiz besar (Utusan Malaysia).


5. Putik cempedak pokok dewasa berbuah di pangkal pokok.



6.  Buah yang lebat. Perlu tinggalkan satu biji sahaja bagi setiap tangkai untuk mendapatkan buah yang besar dan berisi penuh.



7. Buah cempedak muda.



8. Buah cempedak yang hampir matang. Buahnya tidak dapat dibalut kerana terlalu tinggi.


9. Buah cempedak yang hampir matang.



10. Buah cempedak sudah sedia untuk dituai. Tangkai buah telah bertukar warna dari hijau kepada warna kuning/keperangan.


11. Hasil tuaian. Dijemur sebelum diperam. Di belakang itu ialah pokok herba lempoyang.



12. Hasil tuaian sepokok cempedak dewasa. Perlu dicuci dan dijemur sebelum diperam.               Lebih 200 kg.


13. Isi cempedak ( dari salah satu buah yang terdapat di dalam van). Manis dan lazat.  Selain dimakan segar, isi cempedak juga boleh digoreng.





Sekian.
Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan