Sabtu, 24 Oktober 2015

Ternakan Lembu 2

Salam penternak.

Induk lembu biasanya beranak setahun sekali seekor. Tempoh bunting induk lembu ialah lebih kurang sembilan bulan sebelum melahirkan anak.
Anak lembu yang dibiarkan bebas mengikut ibunya meragut akan menyusu sehingga berumur enam bulan.
"Warisan Petani"  mempunyai tiga ekor induk lembu yang akan menghasilkan tiga ekor anak lembu setahun.




Gambar 1 : Anak lembu jantan berumur setahun setengah. Telah ditambat.



Gambar 2 : Anak lembu jantan berumur enam bulan. Masih bebas (tidak ditambat) kerana masih menyusu ibunya.
Anak lembu Gambar 1 dan Gambar 2 adalah adik beradik.



Gambar 3 : Anak lembu jantan berumur setahun setengah. Telah ditambat.



Gambar 4 : Anak lembu jantan berusia enam bulan. Masih menyusu ibunya.
Anak lembu Gambar 3 dan Gambar 4 adalah adik beradik.



Gambar 5 : Anak lembu betina berumur hampir dua tahun. Tidak ditambat.



Gambar 6 : Anak lembu betina berumur hampir setahun. Tidak ditambat.
Anak lembu Gambar 5 dan Gambar 6 adalah adik beradik.



Gambar 7 : Anak-anak lembu bebas meragut. Keadaan rumput yang agak berkurangan kerana musim kemarau.


 Gambar 8 : Anak-anak lembu sedang meragut. Setiap anak lembu dipasangkan tali dilehernya selepas dilahirkan walaupun tidak ditambat. Ini adalah untuk memudahkan pengawalannya.

Kesemua anak lembu di atas adalah daripada pejantan yang sama .Gambar 9 di bawah adalah bapa mereka.


Gambar 9 : Lembu pejantan baka Brahman.Sangat besar dan tinggi berusia enam tahun. Gambar-gambar induk lembu akan disertakan kemudian.

Salam menternak.
Jadikan hobi menternak lembu sebagai aktiviti yang berfaedah dan menguntungkan.



Catat Ulasan