Ahad, 11 Oktober 2015

Nanas Sarawak 1

Salam bertani.

Salah satu jenis tanaman yang terdapat di kebun "Warisan Petani" ialah nanas sarawak. Nanas ini memerlukan masa satu tahun setengah barulah hasilnya boleh dituai kerana ditanam secara semulajadi. Rasanya sangat manis kerana tidak diletakkan hormon penggalak buah seperti nanas yang ditanam di ladang/kebun nanas.





Anak pokok nanas sarawak yang baru ditanam. Di sebelahnya adalah pokok nanas tua yang telah dituai.  Sulurnya telah sesuai untuk dijadikan anak benih dan sedia untuk dipindahkan ke tanah.




Sepokok nanas sarawak sudah berputik.



Sebahagian daripada tanaman nanas sarawak.



Kebanyakan pokok nanas sarawak telah berbuah. Nanas tidak berbuah serentak kerana berbuah secara semulajadi. (Tidak menggunakan hormon penggalak buah). Kelihatan dua pokok nanas diikat daunnya ke atas untuk melindungi buahnya daripada serangan haiwan perosak.



Sulur nanas (anak benih nanas) mula keluar apabila buah nanas hampir matang.



Buah nanas yang hampir matang. Jambul nanas boleh juga dijadikan anak benih tetapi kurang sesuai berbanding anak benih dari sulur nanas.



Buah nanas yang sudah matang dan sedia untuk dituai. Beratnya diantara 3 hingga 4 kg sebiji. Nanas sarawak biasanya dimakan sebagai pencuci mulut. Kurang ditanam secara ladang kerana buahnya terlalu besar untuk dikilangkan/ditinkan.

Selamat bertani daripada "Warisan Petani"


Catat Ulasan