Rabu, 7 Oktober 2015

Sayur-sayuran Kampung.

Salam bertani.

Pelbagai jenis sayuran kampung ditanam di kawasan sekeliling rumah "Warisan Petani". Sayur-sayuran segar ini tidak dicemari oleh bahan kimia dan boleh dituai bila-bila masa diperlukan..

 Gambar 1 : Pokok Ubi Pulut. Pucuk mudanya dijadikan sayuran.







Gambar 3 : Pokok pegaga di tepi pagar rumah. Boleh dibuat ulaman. Daunnya paling berkhasiat dari segi perubatan.



 Gambar 4 : Pokok belinjau. Pucuk mudanya enak dijadikan sayuran.



Gambar 5: Buah belinjau muda : Juga dijadikan sayuran.



Gambar 6: Buah belinjau matang . Enak direbus.


Gambar 7 : Buah limau kasturi. Disebut juga limau sambal.




Gambar 8 : Buah belimbing buluh.



Gambar 9 : Buah labu. Enak dimasak lemak. Boleh juga dibuat pengat dan bingka.



Gambar 10 : Pokok kunyit dan cili api di tepi pagar rumah.




 Gambar 11: Pokok serai. Ada juga pokok kunyit dan cili api.



Gambar 12 : Pokok sayur meranti. Selepas dituai pucuk baru akan tumbuh.
(Ada haiwan tersembunyi).



 Gambar 13 : Pokok pucuk manis di sepanjang  tepi pagar rumah.


Gambar 14: Pokok pucuk manis.


Gambar 15 : Pokok lempoyang. Air perahan rizomnya mengandungi pelbagai khasiat kesihatan.
Rasanya agak pahit.


Gambar 16 : Pokok bunga kantan.



Gambar 17 : Pokok lengkuas. Rizomnya digunakan untuk masakan.


Gambar 18: Pokok ulam raja. Pucuknya dijadikan ulaman


Gambar 19: Pokok kacang botor/kelisa. Buahnya dijadikan sayuran/ulaman.


Gambar 20: Pokok halia bara. Rizomnya boleh dibuat ulaman untuk membuang angin dalam badan.
Juga dibuat minuman kesihatan.



Gambar 21: Pokok kunyit. Selain rizomnya, daunnya juga boleh digunakan untuk buat rendang dan balutan ikan bakar.


Gambar 22 : Pokok cekur. Daunnya dibuat ulaman atau kerabu. Rizomnya dijadikan ramuan masakan.


Gambar 23 : Pokok cekur di tanam dalam pasu.

 

Gambar 24 :Pokok temu lawak. Pokok herba yang mengandungi pelbagai khasiat.


Gambar 25 : Pokok semangkuk. Pucuknya dijadikan sayuran/ulaman.


Gambar 26 : Pokok pandan wangi.


Gambar 27 : Pokok daun kari. Daunnya dijadikan perasa dalam masakan kari.


Gambar 28 : Pokok daun kaduk. Daunnya digunakan untuk masakan botok-botok.
Mempunyai pelbagai khasiat perubaan.


Gambar 29 : Pokok cili api di tepi pagar.


Gambar 30 : Pokok tenggek burung. Pucuknya dijadikan ulaman.


Gambar 31 : Lagi pokok tenggek burung.


Gambar 32 : Pokok buluh madu. Rebungnya dijadikan masakan.



Gambar 33 : pokok terung telunjuk.



Gambar 34 : Pokok Turi. Pucuknya dijadikan sayuran.


Gambar 35 : Pokok kangkung menjalar. Pucuknya boleh dituai berulang kali.


Gambar 36 : Pokok sayur meranti.


Gambar 37 : Pokok terung pipit. Terdapat juga pokok pucuk manis dan ubi kayu yang ditanam di tepi pagar rumah.


Gambar 38 : Pokok sayuran ini biasanya dimasak goreng seperti kailan.
(Belum tahu namanya lagi)


Gambar 39 : Lagi pokok pegaga di tepi pagar rumah.



Gambar 40 : Pokok kesum. Daunnya digunakan dalam masakan laksa dan ikan gulai asam.




Gambar 41 : Betik Bunga ( Betik Jantan). Biasanya tidak berbuah. Pucuk dan bunganya yang muda boleh dijadikan masakan.

Gambar 42 : Pisang Jari Buaya. Sesuai dibuat sayur.



Gambar 43 : Buah pisang jari buaya dari dekat.



Gambar 44 : Buah terung pipit.


Gambar 45 : Jantung Pisang. Bukan semua jenis jantung pisang boleh dijadikan masakan. Jantung pisang yang paling sesuai ialah jantung pisang nipah.


Gambar 46 : Daun Selom


Gambar 47 : Pokok Bebuas. Pucuknya dijadikan ulaman.


Gambar 48. Pucuk jambu gajus. Dijadikan ulaman.


Kesemua tanaman tersebut ditanam di kawasan sekeliling rumah.
Berbudi kepada tanah banyak faedahnya.
Jom, jadikan aktiviti bertani sebagai satu hobi.
Salam bertani.



















2 ulasan: